Tuesday, February 28, 2017
PROGRAM MENTOR MENTEE MURID-MURID PEMULIHAN 2017
Satu perjumpaan bersama ibu bapa yang terlibat diadakan di Serambi Bestari sebelum Program Mentor Mentee dijalankan pada hari Selasa hingga Jumaat. Beberapa orang guru dilantik untuk menjadi mentor kepada murid pemulihan dan LINUS. Satu usaha yang bagus. Tahniah.
PELANCARAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PIRCAL 2.0
Tahniah diucapkan kepada Penyelaras LINUS dan Guru Pemulihan kerana bekerja satu pasukan untuk menjalankan satu program membantu murid-murid pemulihan dan Linus menguasai 4M
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14
AJK PIBG Sesi 2014-2016
Penghargaan sumbangan AJK Sesi 2014-2016
Cadangan dan usul oleh ibu bapa
Penghargaan sumbangan AJK Sesi 2014-2016
Cadangan dan usul oleh ibu bapa
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR BANTING
19 Februari 2017 (Ahad),8.00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 SK Bandar Banting bertempat di Dewan Gemilang SK Bandar Banting. Majlis tersebut yang dihadiri oleh 112 orang wakil ibu bapa dari SK Bandar Banting telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran Tuan Noorazli bin Said, Pegawai Khas kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia sebagai perasmi lebih memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara jemputan lain yang hadir ialah Yang Berusaha Encik Kamarulzaman bin Tukol iaitu Penyelia Kanan Sekolah Menengah(Murid) wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Yang Dihormati Dr Suhaini bt Othman- YDP PIBG, En Kadiran bin Jamil- NYDP PIBG, barisan pentadbir yang diwakili oleh Guru Besar Pn Siti Hanim bt Sungit (Penasihat PIBG) Tn Hj Ahmad Latfi bim Kadri- PK Pentadbiran, Pn Ramlah bt Saring- PK HEM, Encik Muhamad Hanis bin Ahmad-PK Kokurikulum, barisan AJK PIBG dan barisan guru-guru SK Bandar Banting.
Mesyuarat Agung PIBG merupakan acara tahunan sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Dalam mesyuarat tersebut segala usul berkaitan dengan sekolah yang diutarakan oleh ibu bapa akan dibahaskan dalam mesyuarat bersama AJK PIBG.
Tuan Noorazli dalam ucapannya menyebut permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru amat penting dalam memastikan pembinaan karektor anak-anak agar merasa seronok untuk datang ke sekolah. Beliau berharap adanya kerjasama yang erat antara ibu bapa dan sekolah agar dapat menjadikan SK Bandar Banting antara sekolah terbaik di Kuala Langat. Sekolah patut dijadikan sebagai rumah kedua bagi anak-anak untuk belajar dengan seronok. Dan dijadikan sebagai "partner strategic" bagi ibu bapa dalam proses pembangunan anak-anak. Beliau juga mengingatkan sebarang permasalahan perlulah disuarakan dalam mesyuarat untuk dibahas dan dibincangkan, bukannya disebarluaskan ke media sosial seperti kebanyakan kes yang berlaku pada masa kini. Secara umumnya, memang diakui terdapat banyak aduan negatif yang diterima oleh pihak kementerian mengenai pengurusan pihak sekolah. Masyarakat dan ibu bapa haruslah faham bahawa kementerian masih dalam usaha memperbaiki dan menambahbaik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak sekolah kerana sudi menjemputnya. Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG yang telah banyak menyumbang idea, masa dan tenaga kepada pihak sekolah. Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat bertugas kepada jawatankuasa baharu yang telah dilantik dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali Ke-14 ini.
KPM sedikit sebanyak turut membantu menambahbaik kemudahan dan infrastruktur sekolah di Malaysia. Bagi pihak ibu bapa pula mereka tidak boleh sewenang-wenangnya meviralkan apa keadaan yang berlaku di sekolah tanpa bermusyawarah terlebih dahulu dengan pihak sekolah. Sekolah bukan institusi yang boleh dipolitikkan sesuka hati. Sekolah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Beliau berharap dengan pelantikan AJK yang baharu pada tahun ini akan lebih memantapkan lagi barisan organisasi PIBG SK Bandar Banting dan berjaya menjadi PIBG yang cemerlang di Kuala Langat dalam memastikan kecemerlangan murid-murid SK Bandar Banting.
Dalam ucapan Dr Suhaini selaku YDP PIBG SK Bandar Banting, beliau dan AJK PIBG yang lain akan sentiasa membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan kemajuan sekolah. Beliau mengharapkan sokongan ibu bapa dalam merealisasikan matlamat PIBG dan sekolah menjadikan SK Bandar Banting ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Beliau mengucapkan syabas dan tahniah pada barisan AJK yang lama di atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau menjadi YDP di sekolah itu. Harapan beliau agar organisasi baharu yang akan dilantik nanti akan menjadikan PIBG SK Bandar Banting lebih cemerlang lagi di masa akan datang.
Saturday, February 25, 2017
Tuesday, February 14, 2017
PROFILE SEKOLAH
LOKASI SEKOLAH
https://www.google.com.my/maps/@2.8022574,101.5030005,17.44z?hl=en
SEJARAH SEKOLAH
Penyerahan bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, Persiaran Majlis 42700 Banting telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2003 antara pihak kontraktor dengan PPD Kuala Langat. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2004. Sebelum kemasukan Guru Besar, sekolah ini telah diuruskan oleh Guru-guru Penolong Kanan yang dilantik mulai bulan November 2003. Mereka ialah :
Tn Hj Rahmat bin Musman (PK Pentadbiran)
En Ahmad Latfi bin Kadri (PK Hal Ehwal Murid)
En Mohammad bin Samiain (PK Kokurikulum)
Guru Besar En. Kamalul Azam bin Hj Mohammad mula melapor diri pada 2 Januari 2004.
SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI SK BANDAR BANTING
En. Kamalul Azam bin Hj Mohammad (2004 - 2010)
Pn . Hjh. Habsah binti Ismail (2010 – 2015)
Pn. Siti Hanim binti Sungit (2016 – Kini)
VISI DAN MISI SEKOLAH
LENCANA SEKOLAH
Mempunyai lima warna
Merah : Semangat waja
Hijau : Islam agama rasmi negara
Putih : Kesucian dan keikhlasan
Biru : Lambang perpaduan
Kuning : Raja Berpelembagaan
Lambang-lambang
Dua Tangan : Generasi muda yang akan mendukung wawasan negara
Pergerakan atom : Sedia hadapi cabaran di era ICT, Sains dan Teknologi
5 Bulatan : a. Prinsip Rukunegara
b. Sukan Teras kesihatan diri
Saturday, February 11, 2017
Pertandingan bowling sempena projek bowlingthon mesra PIBG 2016
Tempat : U bowl D Pulze Cyberjaya
Tarikh : 11 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Penglibatan : Ibu bapa dan guru SK Bandar Banting
Tahniah dan syabas diucapkan di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa..
Thursday, February 9, 2017
Panggilan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14
tahun 2017:
Tarikh: 19 Februari 2017
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Perasmi : Tuan Noorazli bin Said
( Pegawai Khas, kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia)
tahun 2017:
Tarikh: 19 Februari 2017
Hari : Ahad
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Dewan Gemilang
Perasmi : Tuan Noorazli bin Said
( Pegawai Khas, kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia)
GERAKAN CHECK-MATE " SI CILIK"
1st KIMMA OPEN CHESS TOURNAMENT (National Rated)
Tarikh : 5 Feb 2017 (Ahad)
Masa ; 9.15pg - 5.30 ptg
Tempat ; Dewan Serbaguna DBKL, Kuala Lumpur
Pencapaian: Best Girl under 12
BEST GIRL UNDER 12
NUR UZMA BAZILAH BT MOHD TARMIZI
Tarikh : 5 Feb 2017 (Ahad)
Masa ; 9.15pg - 5.30 ptg
Tempat ; Dewan Serbaguna DBKL, Kuala Lumpur
Pencapaian: Best Girl under 12
BEST GIRL UNDER 12
NUR UZMA BAZILAH BT MOHD TARMIZI
Monday, February 6, 2017
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
"JOM KE SEKOLAH"
Tarikh: 06 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi
Tempat : Dataran Gemilang SK Bandar Banting
Perasmi: Sarjan Suhaini bin Zakaria
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti)
Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin (SPI Bil. 10/2001:semua guru adalah guru disiplin). Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting .
Terima kasih di atas kehadiran Sarjan Suhaini bin Zakaria (PPS), Sarjan Ramli bin Abd Kadir (PPS), Dr Suhaini binti Othman YDP PIBG, Tn Hj Fauzi wakil AJK PIBG.
"JOM KE SEKOLAH"
Tarikh: 06 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi
Tempat : Dataran Gemilang SK Bandar Banting
Perasmi: Sarjan Suhaini bin Zakaria
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti)
Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin (SPI Bil. 10/2001:semua guru adalah guru disiplin). Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting .
Terima kasih di atas kehadiran Sarjan Suhaini bin Zakaria (PPS), Sarjan Ramli bin Abd Kadir (PPS), Dr Suhaini binti Othman YDP PIBG, Tn Hj Fauzi wakil AJK PIBG.
Thursday, February 2, 2017
PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MSSD
TARIKH: 1 FEBRUARI
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA KUATERS KLIA
PENCAPAIAN: PEREMPUAN - SUKU AKHIR
: LELAKI - KE 3
Kejohanan Bola Tampar Rendah MSSD. Berjaya mendapat Tempat Ke-3. Tahniah Team Bola Tampar. Cuba lagi tahun hadapan.
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA KUATERS KLIA
PENCAPAIAN: PEREMPUAN - SUKU AKHIR
: LELAKI - KE 3
Kejohanan Bola Tampar Rendah MSSD. Berjaya mendapat Tempat Ke-3. Tahniah Team Bola Tampar. Cuba lagi tahun hadapan.
PEMBAIKAN PAIP BOMBA
TARIKH: 30 JANUARI 2017
Terima kasih PUSPEL kerana mengambil tindakan pantas menyelenggara paip bomba di luar sekolah.
Terima kasih PUSPEL kerana mengambil tindakan pantas menyelenggara paip bomba di luar sekolah.
LANTIKAN PENGAWAS 2017
TARIKH: 20 JANUARI 2017
MASA: 7:30AM - 8.00AM
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SKBB
Tahniah diucapkan kepada para pengawas yang dilantik bagi sesi 2017. Semoga pelantikan semua pengawas boleh membantu pihak sekolah lebih cemerlang. Serlahkan Kepimpinan Anda. Tidak lupa juga kepada JK Guru-guru Pengawas yang memberikan kerjasama memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
MASA: 7:30AM - 8.00AM
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SKBB
Tahniah diucapkan kepada para pengawas yang dilantik bagi sesi 2017. Semoga pelantikan semua pengawas boleh membantu pihak sekolah lebih cemerlang. Serlahkan Kepimpinan Anda. Tidak lupa juga kepada JK Guru-guru Pengawas yang memberikan kerjasama memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.
Subscribe to:
Posts (Atom)