... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Friday, July 26, 2019

MAJLIS LAMBAIAN KASIH : TUAN HAJI MUHAMAD HANIS BIN AHMAD


MAJLIS LAMBAIAN KASIH :
TUAN HAJI MUHAMAD HANIS BIN AHMAD
17 JULAI 2019
RABU / 10.45 PAGI12.50 TENGAH HARI
DEWAN GEMILANG, SK BANDAR BANTING

SK Bandar Banting kehilangan seorang lagi insan yang berdedikasi dalam dunia pendidikan. Beliau merupakan PK Kokurikulum SKBB iaitu Tn Hj Muhamad Hanis bin Ahmad. Beliau memulakan tugas di SKBB mulai 14.12.2016.


Beliau akan memulakan tugas di tempat baharu iaitu Sekolah Kebangsaan Telok Panglima Garang. Murid-murid turut terkesan dengan perpisahan ini kerana beliau merupakan guru subjek Matematik Tahap 2.