... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Thursday, May 3, 2018

PROGRAM TAHLIL SEMPENA BULAN RAMADHAN 2018

Tarikh : 3 Mei 2018 (Khamis)
Masa : 1.30 tengah hari - 3.30 petang
Tempat : Surau Nurul Iman, SK Bandar Banting
Anjuran : Panitia Pendidikan Agama Islam, Surau dan Kelab Mesra SK Bandar Banting





Objektif Program ini dijalankan adalah untuk:
  1. Mengimarahkan Surau Nurul Iman dengan program keagamaan dan kerohanian.
  2. Membentuk kerjasama dalam kalangan warga SK Bandar Banting
  3. Memberi peluang kepada warga sekolah menghadiahkan pahala bacaan tahlil kepada arwah keluarga sebelum menjelangnya bulan Ramadhan.