... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, February 28, 2017

PROGRAM MENTOR MENTEE MURID-MURID PEMULIHAN 2017





Satu perjumpaan bersama ibu bapa yang terlibat diadakan di Serambi Bestari sebelum Program Mentor Mentee dijalankan pada hari Selasa hingga Jumaat.   Beberapa orang guru dilantik untuk menjadi mentor kepada murid pemulihan dan LINUS.   Satu usaha yang bagus.  Tahniah.

PELANCARAN PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK PIRCAL 2.0






Tahniah diucapkan kepada Penyelaras LINUS dan Guru Pemulihan kerana bekerja satu pasukan untuk menjalankan satu program membantu murid-murid pemulihan dan Linus menguasai 4M

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-14

                                          AJK PIBG Sesi 2014-2016
                                          Penghargaan sumbangan AJK Sesi 2014-2016

                                          Cadangan dan usul oleh ibu bapa
                                         
MESYUARAT AGUNG PIBG SK BANDAR BANTING

19 Februari 2017 (Ahad),8.00 pagi telah berlangsung Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-14 SK Bandar Banting bertempat di Dewan Gemilang SK Bandar Banting.  Majlis tersebut yang dihadiri oleh 112 orang wakil ibu bapa dari SK Bandar Banting telah berlangsung dengan jayanya. Kehadiran Tuan Noorazli bin Said, Pegawai Khas kepada YB Menteri Pendidikan Malaysia sebagai perasmi lebih memeriahkan lagi majlis tersebut. Antara jemputan lain yang hadir ialah Yang Berusaha Encik Kamarulzaman bin Tukol iaitu Penyelia Kanan Sekolah Menengah(Murid) wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat, Yang Dihormati Dr Suhaini bt Othman- YDP PIBG, En Kadiran bin Jamil- NYDP PIBG, barisan pentadbir yang diwakili oleh Guru Besar Pn Siti Hanim bt Sungit (Penasihat PIBG) Tn Hj Ahmad Latfi bim Kadri- PK Pentadbiran, Pn Ramlah bt Saring- PK HEM, Encik Muhamad Hanis bin Ahmad-PK Kokurikulum, barisan AJK PIBG dan barisan guru-guru SK Bandar Banting.

Mesyuarat Agung PIBG merupakan acara tahunan sekolah bagi mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan guru-guru. Dalam mesyuarat tersebut segala usul berkaitan dengan sekolah yang diutarakan oleh ibu bapa akan dibahaskan dalam mesyuarat bersama AJK PIBG.

Tuan Noorazli dalam ucapannya menyebut permuafakatan antara ibu bapa dan guru-guru amat penting dalam memastikan pembinaan karektor anak-anak agar merasa seronok untuk datang ke sekolah. Beliau berharap adanya kerjasama yang erat antara ibu bapa dan sekolah agar dapat menjadikan SK Bandar Banting antara sekolah terbaik di Kuala Langat. Sekolah patut dijadikan sebagai rumah kedua bagi anak-anak untuk belajar dengan seronok. Dan dijadikan sebagai "partner strategic" bagi ibu bapa dalam proses pembangunan anak-anak. Beliau juga mengingatkan sebarang permasalahan perlulah disuarakan dalam mesyuarat untuk dibahas dan dibincangkan, bukannya disebarluaskan ke media sosial seperti kebanyakan kes yang berlaku pada masa kini. Secara umumnya, memang diakui terdapat banyak aduan negatif yang diterima oleh pihak kementerian mengenai pengurusan pihak sekolah. Masyarakat dan ibu bapa haruslah faham bahawa kementerian masih dalam usaha memperbaiki dan menambahbaik. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada kepada pihak sekolah kerana sudi menjemputnya. Ucapan syabas dan tahniah juga diucapkan kepada AJK PIBG yang telah banyak menyumbang idea, masa dan tenaga kepada pihak sekolah. Akhir sekali, beliau mengucapkan selamat bertugas kepada jawatankuasa baharu yang telah dilantik dan merasmikan Mesyuarat PIBG Kali Ke-14 ini.

KPM sedikit sebanyak turut membantu menambahbaik kemudahan dan infrastruktur sekolah di Malaysia. Bagi pihak ibu bapa pula mereka tidak boleh sewenang-wenangnya meviralkan apa keadaan yang berlaku di sekolah tanpa bermusyawarah terlebih dahulu dengan pihak sekolah. Sekolah bukan institusi yang boleh dipolitikkan sesuka hati. Sekolah dan ibu bapa memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak. Beliau berharap dengan pelantikan AJK yang baharu pada tahun ini akan lebih memantapkan lagi barisan organisasi PIBG SK Bandar Banting dan berjaya menjadi PIBG yang cemerlang di Kuala Langat dalam memastikan kecemerlangan murid-murid SK Bandar Banting.

Dalam ucapan Dr Suhaini selaku YDP PIBG SK Bandar Banting, beliau dan AJK PIBG yang lain akan sentiasa membantu pihak sekolah melaksanakan pelbagai program untuk meningkatkan pencapaian pelajar dan kemajuan sekolah. Beliau mengharapkan sokongan ibu bapa dalam merealisasikan matlamat PIBG dan sekolah menjadikan SK Bandar Banting ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Beliau mengucapkan syabas dan tahniah pada barisan AJK yang lama di atas segala sumbangan dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh beliau menjadi YDP di sekolah itu. Harapan beliau agar organisasi baharu yang akan dilantik nanti akan menjadikan PIBG SK Bandar Banting lebih cemerlang lagi di masa akan datang.

Mesyuarat  tersebut telah berakhir dengan jayanya pada jam 12.15 tengah hari   Cabutan bertuah 

Saturday, February 25, 2017

PROGRAM PERJUMPAAN GURU-GURU DAN IBU BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 5 2017

Tarikh: 25 Februari 2017
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Gemilang SK Bandar Banting





Tuesday, February 14, 2017

PROFILE SEKOLAH

LOKASI SEKOLAH


https://www.google.com.my/maps/@2.8022574,101.5030005,17.44z?hl=en



SEJARAH SEKOLAH


Penyerahan bangunan Sekolah Kebangsaan Bandar Banting, Persiaran Majlis 42700 Banting telah dilaksanakan pada 21 Oktober 2003 antara pihak kontraktor dengan PPD Kuala Langat. Sekolah ini mula beroperasi pada 2 Januari 2004. Sebelum kemasukan Guru Besar, sekolah ini telah diuruskan oleh Guru-guru Penolong Kanan yang dilantik mulai bulan November 2003. Mereka ialah :

Tn Hj Rahmat bin Musman   (PK Pentadbiran)
En Ahmad Latfi bin Kadri     (PK Hal Ehwal Murid)
En Mohammad bin Samiain  (PK Kokurikulum)
Guru Besar En. Kamalul Azam bin Hj Mohammad mula melapor diri pada 2 Januari 2004.


SENARAI GURU BESAR YANG PERNAH BERTUGAS DI SK BANDAR BANTING


En. Kamalul Azam bin Hj Mohammad    (2004 - 2010)
Pn . Hjh. Habsah binti Ismail                  (2010 – 2015)
Pn. Siti Hanim binti Sungit                       (2016 – Kini)


VISI DAN MISI SEKOLAH





LENCANA SEKOLAH


Mempunyai lima warna
Merah  : Semangat waja
Hijau  : Islam   agama rasmi negara
Putih  : Kesucian dan keikhlasan
Biru  : Lambang perpaduan
Kuning     : Raja Berpelembagaan






Lambang-lambang 
Buku                 : Ilmu pengetahuan yang tiada  batas                            
Dua Tangan           : Generasi muda yang akan mendukung wawasan negara
Pergerakan atom  : Sedia hadapi cabaran di era ICT, Sains dan Teknologi
5 Bulatan : a. Prinsip Rukunegara
            b. Sukan Teras kesihatan diri




























Saturday, February 11, 2017




Pertandingan bowling sempena projek bowlingthon mesra PIBG 2016
Tempat : U bowl D Pulze Cyberjaya
Tarikh : 11 Februari 2017
Hari : Sabtu
Masa : 2.30 - 5.30 petang
Penglibatan : Ibu bapa dan guru SK Bandar Banting
Tahniah dan syabas diucapkan di atas komitmen dan kerjasama yang diberikan oleh ibu bapa..

Thursday, February 9, 2017

Panggilan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-14
tahun 2017:
 Tarikh: 19 Februari 2017
 Hari : Ahad
 Masa : 8.00 pagi
 Tempat : Dewan Gemilang
 Perasmi : Tuan Noorazli bin Said
                    ( Pegawai Khas, kepada YB Menteri                          Pendidikan Malaysia)

GERAKAN CHECK-MATE " SI CILIK"

1st KIMMA OPEN CHESS TOURNAMENT (National Rated)
Tarikh : 5 Feb 2017 (Ahad)
Masa ; 9.15pg - 5.30 ptg
Tempat ; Dewan Serbaguna DBKL, Kuala Lumpur
Pencapaian: Best Girl under 12






BEST GIRL UNDER 12

NUR UZMA BAZILAH BT MOHD TARMIZI


Monday, February 6, 2017

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM
"JOM KE SEKOLAH"

Tarikh: 06 Februari 2017
Hari: Isnin
Masa: 7.20 pagi
Tempat : Dataran Gemilang SK Bandar Banting
Perasmi: Sarjan Suhaini bin Zakaria
Anjuran: Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia (Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti)
Program Jom ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha KPM dengan kerjasama PDRM bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid terutamanya dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji. Menerusi program ini diharapkan pihak sekolah terutamanya guru-guru dapat berperanan sebagai pendidik, pembimbing dan pemudahcara di samping berperanan sebagai guru disiplin (SPI Bil. 10/2001:semua guru adalah guru disiplin). Selain daripada itu keprihatinan ibu bapa bagi memastikan anak-anak hadir ke sekolah juga adalah amat penting .



Terima kasih di atas kehadiran Sarjan Suhaini bin Zakaria (PPS), Sarjan Ramli bin Abd Kadir (PPS), Dr Suhaini binti Othman YDP PIBG, Tn Hj Fauzi wakil AJK PIBG.

Thursday, February 2, 2017

PERTANDINGAN BOLA TAMPAR BAWAH 12 TAHUN MSSD

TARIKH: 1 FEBRUARI
TEMPAT: DEWAN SERBAGUNA KUATERS KLIA
PENCAPAIAN: PEREMPUAN - SUKU AKHIR
                         : LELAKI - KE 3










Kejohanan Bola Tampar Rendah MSSD. Berjaya mendapat Tempat Ke-3. Tahniah Team Bola Tampar. Cuba lagi tahun hadapan.

PEMBAIKAN PAIP BOMBA

TARIKH: 30 JANUARI 2017


Terima kasih PUSPEL kerana mengambil tindakan pantas menyelenggara paip bomba di luar sekolah.

PERTANDINGAN MERENTAS DESA MSSD

TARIKH:21 JANUARI
TEMPAT: SK SG KELAMBU




LANTIKAN PENGAWAS 2017

TARIKH: 20 JANUARI 2017
MASA: 7:30AM - 8.00AM
TEMPAT: DATARAN PERHIMPUNAN SKBB

Tahniah diucapkan kepada para pengawas yang dilantik bagi sesi 2017. Semoga pelantikan semua pengawas boleh membantu pihak sekolah lebih cemerlang. Serlahkan Kepimpinan Anda. Tidak lupa juga kepada JK Guru-guru Pengawas yang memberikan kerjasama memastikan majlis ini berjalan dengan lancar.