... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......
Showing posts with label HEM. Show all posts
Showing posts with label HEM. Show all posts

Tuesday, July 14, 2020

PEMERIKSAAN BILIK GURU



PEMERIKSAAN BILIK GURU PADA 14 JULAI 2020
OLEH
GURU BESAR BERSAMA HJH SALEHA, PUAN NURUL AINI DAN CIK ZURAIDAH


HASIL PEMERIKSAAN BILIK GURU OLEH GURU BESAR BERSAMA JK 3K DAN PENYELARAS BILIK GURU PADA 14 JULAI 2020 (1:40-2:15 PETANG)

Alhamduillah. Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya apa yang dihasratkan oleh saya selaku Guru Besar, Bilik Guru berada dalam keadaan yang memuaskan dan kemas. Terima kasih atas kerjasama JK 3K, Penyelaras Bilik Guru dan warga guru. Saya berharap amalan penjagaan kekemasan ( 5S) dapat diamalkan secara berterusan.














Friday, March 16, 2018

BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1

TARIKH: 16 MAC 2018
MASA   : 7:30 AM - 11:30 AM
TEMPAT: DEWAN GEMILANG SKBB
PENCERAMAH: MOHD ZURAIDI BIN KOMARI







Thursday, September 14, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA MURID ASNAF

8 September 2017, SK Bandar Banting telah terpilih menjadi tuan rumah dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada Murid Asnaf.
Selain SK Bandar Banting, SK Bukit Tadom dan SK Sg Kelambu juga mendapat sumbangan.
Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam ini telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang (Presiden Harvard Business School Alumni Club of Malaysia (HBSACM)). 
Seramai 208 orang murid telah menerima sumbangan 2 pasang pakaian seragam, kasut, beg dan stokin jenama Canggih serta alat tulis.
Pihak SK Bandar Banting mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang yang sudi datang ke SK Bandar Banting menjayakan majlis ini.






Tuesday, August 8, 2017

PROGRAM CERAMAH MOTIVASI DAN SOLAT HAJAT SEMPENA MURID TAHUN 6 SK BANDAR BANTING MENGHADAPI UPSR DAN PSRA 2017

Hari                 : Jumaat
Tarikh              : 4 Ogos 2017 bersamaan 11 Zulkaedah 1438H
Masa               : Selepas Solat Maghrib
Tempat            : Surau Raudhatul Muttaqin, Taman Kemuning
Penceramah   : Al-Fadhil Ustaz Elyas bin Ismail
    (Pendakwah dan Personaliti Tanyalah Ustaz TV9)
Anjuran           : PIBG SK Bandar Banting, KAFAi Taman Kemuning dan Surau Raudhatul       Muttaqin,Taman Kemuning.

Objektif           :
1.    Membentuk kesedaran mendalam tentang kepentingan mengharapkan pertolongan dari Allah s.w.t selepas berusaha untuk mencapai matlamat.    
2.    Menghayati keberkatan solat hajat yang dilakukan secara berjemaah.
3.    Memberikan semangat dan kekuatan mental    serta spiritual kepada semua murid yang akan menghadapi peperiksaan.
4.    Membimbing dan menyedarkan ibu bapa tentang pentingnya peranan mereka dalam menghadapi anak-anak yang akan menduduki peperiksaan.

Kehadiran Murid : 67/112
Kehadiran Ibu Bapa :  41 orang
Pihak penganjur sempat bergambar bersama Ustaz Elyas Ismail sebelum pulang

Jamuan makan selepas majlis selesai

Ustaz Elyas sedang memberikan ceramah

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ceramah


Penceramah selesai memberikan ceramah

Dr Suhaini (YDP PIBG) dan Pn Siti Hanim (Guru Besar SKBB) turut sama meraikan majlis 

Antara ibu dan penjaga yang hadir mendengar ceramah dan menunaikan solat hajat

Antara murid yang hadir mendengar ceramah dan menunaikan solat hajat






Thursday, May 11, 2017

PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS PENGGAL 1 2017

Nama Program : Pertandingan Kebersihan dan Keceriaan Kelas Penggal 1 2017
Anjuran : Unit 3K
Tarikh : 8 Mei 2017
Keputusan : KATEGORI PRASEKOLAH
                   Johan : Pra Sukses
                   Naib Johan : Pra Pintar
                   Ketiga : Pra Cerdik

                   KATEGORI TAHAP 1
                   Johan : 2 UM
                   Naib Johan : 2 UTM
                   Ketiga : 2 USM
                   Keempat : 2 UKM
                   Kelima : 1 USM

                   KATEGORI TAHAP 2
                   Johan : 5 UTM
                   Naib Johan : 5 USM
                   Ketiga : 6 USM
                   Keempat : 5 UM
                   Kelima : 4 UKM

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang. Diharap kelas-kelas ini akan terus mengekalkan kebersihan dan keceriaan kelas.


                                                       
Johan Prasekolah : PRA SUKSES


                                                         
Johan Tahap 1 : KELAS 2 UM   










        
Johan Tahap 2 : KELAS 5 UTM

Monday, March 6, 2017

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KETUA/PENOLONG KETUA KELAS

TARIKH:04.03.2017
MASA: 8.00AM-12.30PM
TEMPAT:DEWAN TERBUKA SK BANDAR BANTING




PELANCARAN PROGRAM IMFree

Tarikh   : 6 Mac 2017
Masa     : 7.30 - 8.00
Tempat  : Dataran Gemilang SK Bandar Banting

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah Tahap 1 ( Tahun 1 hingga 3Tahun ) dan Tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6)
Pelancaran perasmian oleh Guru Besar SK Bandar Banting
Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas

Persembahan daripada murid Kelab Doktor Muda
Penyerahan buku dan bahan IMFree kepada guru kelas tahun 1

Sunday, March 5, 2017

HEBAHAN

TAJUK: PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2018 SECARA TALIAN

1) Sukacita dimaklumkan, permohonan penempatan murid-murid tahun 1 sesi 2018 telah
    dibuka secara atas talian.

2) Murid yang terlibat ialah anak yang dilahirkan pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012.

3) Permohonan boleh dibuat bermula 01.03.2017 hingga 30.04.2017.

4) Permohonan pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan di laman seperti berikut:
                                                       https://public.moe.gov.my   




Friday, March 3, 2017

PEMERIKSAAN KUKU, RAMBUT DAN TANDA NAMA MURID ( SPOTCHECK)

Tarikh:  27 Februari 2017 (Isnin)


SPOTCHECK dijalankan oleh JK Disiplin bersama guru-guru.   Tujuan spotcheck dijalankan adalah untuk memastikan semua murid sentiasa mematuhi disiplin dan kekemasan sebagai murid di SK Bandar Banting.   Kesalahan murid dicatat dan ibu bapa perlu membantu anak-anak memastikan segala peraturan sekolah dipatuhi.
Pemeriksaan kuku

Pemeriksaan rambut oleh Pn Simah
Pemeriksaan tanda nama oleh Guru Besar


Murid sedang memotong kuku setelah ditegur oleh guru