... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, February 20, 2019

Majlis Pemuafakatan KPM dan PDRM : Program Jom ke Sekolah

Tarikh      : 18hb.Februari 2019
Masa        : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat    :  Dataran Gemilang, SK Bandar Banting 
Objektif program :
  • Mewujudkan hubungan mesra dan kolaborasi yang lebih mantap antara pihak sekolah dan pihak PPS.
  • Membantu mencegah salah laku disiplin murid sekolah daripada terlibat dalam kegiatan jenayah dan perlakuan yang menyalahi undang-undang serta tidak bermoral sama ada di dalam atau di luar sekolah.
  • Memperluas penggunaan papan kenyataan PPS di sekolah-sekolah KPM bagi tujuan memaparkan maklumat penting dan terkini mengenai isu-isu semasa kepolisian kepada warga sekolah dan ibu bapa
  • Ucapan Perasmian oleh Pn. Siti Hanim bt. Sungit (Guru Besar SK Bandar Banting)
  • Ucapan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS)  Sarjan Suhaini bin Zakaria











Gimik Pelancaran Program Jom ke Sekolah



















    Sunday, February 17, 2019

    PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DAERAH K. LANGAT 2019

    PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM DAERAH K. LANGAT 2019

    TARIKH : 13 - 15 FEBRUARI 2019
    TEMPAT : SK(A) BUKIT KEMANDOL (K9)

    SERAMAI 5 orang murid tahun 6 SK Bandar Banting terlibat pada Perkhemahan Unit Beruniform Daerah Kuala Langat yang berlangsung dari 13 hingga 15 Februari lalu.
    Perkhemahan tiga hari terbabit yang didakan di Sekolah Kebangsaan (A) Bukit Kemandol disertai oleh sembilan unit badan beruniform sekolah rendah dan menengah Daerah Kuala Langat.











    Monday, February 4, 2019

    KEJOHANAN PING PONG MSSD KUALA LANGAT 2019

    KEJOHANAN PING PONG B12 MSSD KUALA LANGAT 2019

    TARIKH: 28-29 JANUARI 2019
    TEMPAT: DEWAN SJKC CHOONG HUA BANTING

    PENCAPAIAN:
    - JOHAN BEREGU PEREMPUAN BUKAN CINA
    - NAIB JOHAN BEREGU PEREMPUAN BUKAN CINA
    - KETIGA
         - PASUKAN PEREMPUAN
         - PERSEORANGAN LELAKI
         - BEREGU LELAKI