... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Sunday, December 31, 2017

EFFECTIVE PARENTS EXCELLENCE CHILDREN (EPEC)

 Program EPEC adalah singkatan daripada Effective Parents Excellence Children yang dianjurkan oleh PIBG SK Bandar Banting. Melalui program ini, satu kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KISB) akan titubuhkan sebagai platform untuk ibu bapa menyalurkan sumbangan dari segi idea, masa, tenaga, kewangan dan sebagainya kepada pihak sekolah. Ini bagi mewujudkan usahasama yang erat antara pihak sekoilah dan ibu bapa. Penceramah keibubapaan telah disampaikan oleh Tuan Nik Syuharul Apizo bin Safien iaitu jawatan yang disandang oleh beliau ialah Ketua Penolong Pengarah Unit Integriti Mara dan Panel kaunselor Klinik Kaunseling Hushim Motivational And Counselling Consultancy.Terdapat sembilan unit yang berada di bawah KISB iaitu:

1- Unit Akademik
2-Unit Kokurikulum
3-Unit Motivasi dan Bimbingan Kerjaya
4-Unit 4K
5-Unit Penyelenggaraan
6-Unit Disiplin
7-Unit Surau
8-Unit ICT
9- Unit Jamuan
 Program tersebut telah dijalankan pada :
Tarikh        : 7 Oktober 2017
Hari           : Sabtu
Masa         : 7.30 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat      : Dewan Gemilang, SK Bandar Banting

Antara objektif Program EPEC ialah:
1- Membina satu organisasi Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) yang kukuh bagi bersama-sama meningkatkan kecemerlangan murid-murid SK Bandar Banting.
2-Mengeratkan hubungan antara ibu bapa dan warga sekolah.
3-Memberikan motivasi kepada ibu bapa agar sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bersama-sama mendidik dan membimbing anak-anak supaya menjadi insan yang bersahsiah baik serta berjaya di dunia dan akhirat.











Thursday, December 28, 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Prasekolah Kali Ke-10

Tarikh : 21 November 2017
Hari : Selasa
Tempat : Dewan Gemilang, SK Bandar Banting
Perasmi : Dr Suhaini binti Othman (YDP PIBG)











Tuesday, December 26, 2017

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAHUN 6 DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN KALI KE 13

TARIKH : 23 NOVEMBER 2017
HARI : KHAMIS
MASA : 8.30 PAGI - 1.00 PETANG
TEMPAT : DEWAN GEMILANG SK BANDAR BANTING

Majlis Penyampaian Sijil Tahun 6 dan Anugerah Kecemerlangan Kali Ke-13 tahun 2017 telah diadakan pada hari Khamis, 23 November 2017 bagi meraikan kejayaan murid-murid mengharungi dan hampir menamatkan alam persekolahan di sekolah rendah. 

Semoga dapat menyuntik semangat baharu dalam kalangan murid agar dapat meneruskan kecemerlangan pada masa akan datang.








Friday, December 22, 2017

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM
SK BANDAR BANTING

TARIKH : 17.11.2017
TEMPAT : DEWAN GEMILANG
MASA : 8.00 PM - 10.30 PM