... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, March 8, 2017

PEP TALK TAHUN 6

Pep Talk bersama Guru Besar pada 08 Mac 2017 ( Rabu ), 7.20-7.30 pagi.
Objektif:
1. Memberi semangat dan motivasi kepada calon UPSR
2. Berkongsi maklumat terkini berkaitan UPSR


MTQ ZON SELATAN

Tarikh:  07 Mac 2017 (Selasa)
Tempat: SK Sri Lanang

Tahniah kepada guru-guru, murid-murid,  juru latih dan PIBG yang terlibat memastikan kemenangan digapai.  Sokongan semua membantu mencemerlangkan sekolah.
Nasyid - Johan
Bercerita (L) dan (P) - Ke-3
Hafazan - Penyertaan










Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP)

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.

Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Bagi tujuan pelaksanaan rintis DLP, mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik dan Sains bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.

Tujuan Pelaksanaan DLP

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi.

Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

2. Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP

Pengetua/Guru Besar perlu bersetuju dengan perlaksanaan DLP serta bekerjasama dengan PPD/JPN bagi rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

3. Pemintaan dan sokongan daripada ibu bapa

Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikut DLP. Ibu bapa juga perlu mengambil peranan yang aktif dalam pendidikan anak mereka dengan memberi sokongan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan DLP

4. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih daripada pencapaian purata kebangsaan Bahasa Melayu

Pelaksanaan DLP

1. Bilangan kelas bagi pelaksanaan DLP

Kelas DLP mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kelas dengan mengekalkan bilangan kelas yang sedia ada. Kelas DLP perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat.

2. Mata pelajaran yang terlibat

Pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016 akan melibatkan:-

a. Peringkat Sekolah Rendah
i. Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
ii. Matematik Tahun 1
iii. Sains Tahun 4
iv. Matematik Tahun 4

b. Peringkat Sekolah Menengah
i. Sains Tingkatan 1
ii Matematik Tingkatan 1

3. Bahan Sokongan Pembelajaran dan Pengajaran

Kementerian Pendidikan akan menyediakan bahan-bahan berikut bagi mata pelajara yang berkenaan dalam Bahasa Inggeris kepada sekolah yang memilih untuk pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016:

a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran  - Portal KPM
b. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid - Portal KPM
c. Buku Teks
d. Buku Rujukan bagi pusat sumber sekolah dan panitia mata pelajaran

4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan DLP adalah kekal seperti perutnukan masa yang sedang berkuat kuasa sekarang.

5. Pentaksiran

Semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 2016 akan disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pentaksiran sekolah bagi mata pelajaran yang terlibat perlu disediakan dalam bahasa penghantar yang digunakan.

Monday, March 6, 2017

HEBAHAN

PENGUJIAN SEGAK PENGGAL 1 (2017)

1) SEGAK adalah merupakan ujian kecergasan untuk pelajar di bawah pengendalian Panitia PJPK.

2) Murid yang terlibat dan tarikh ujian adalah seperti berikut:
          i)  08/03/2017 -  Tahun 6
          ii) 09/03/2017 -  Tahun 5 dan 4
     
3) Masa: 7:30am - 10:00am

4) Pelajar yang terlibat dikehendaki memakai pakaian Pendidikan Jasmani semasa menjalani ujian
    SEGAK.

5) Bagi pelajar yang mempunyai masalah kesihatan, sila maklumkan kepada pegawai penguji beserta
     surat pengesahan doktor.

Jadual SEGAK Kali Pertama
 Murid Tahun 6 terlibat dalam UJIAN SEGAK

HEBAHAN

TARIKH DAN JADUAL PENTAKSIRAN SUMATIF 1 (2017)


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS DAN KETUA/PENOLONG KETUA KELAS

TARIKH:04.03.2017
MASA: 8.00AM-12.30PM
TEMPAT:DEWAN TERBUKA SK BANDAR BANTING




PROGRAM NILAM 1 SELANGOR (HAN1S) 2017

TARIKH: 28.02.17
MASA   : 7:30AM-10.00AM
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK BANDAR BANTING
ANJURAN: PUSAT SUMBER SEKOLAH

TENTATIF:

7.30 pagi - Murid-murid berkumpul di dewan
7.45 pagi - Kehadiran Pentadbir
                - Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu NILAM
7.55 pagi - Ucapan Pengerusi
                - Bacaan Doa
8.05 pagi - Ucapan Perasmian oleh Pn Siti Hanim binti Sungit ( Guru Besar )
                - Gimik Pelancaran
8.25 pagi - Resensi Buku
8.35 pagi - Taklimat NILAM Ditambahbaik oleh En Sahrizal bin Amir, Pegawai Teknologi
                   Pendidikan PKG Kanchong Darat

9.15 pagi - Kuiz - oleh Pasukan Ana Muslim
10.00 pagi - Pertandingan Mewarna Tahap 1 ( dalam kelas )
                  - Pameran dan jualan buku





PELANCARAN PROGRAM IMFree

Tarikh   : 6 Mac 2017
Masa     : 7.30 - 8.00
Tempat  : Dataran Gemilang SK Bandar Banting

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah Tahap 1 ( Tahun 1 hingga 3Tahun ) dan Tahap 2 ( Tahun 4 hingga Tahun 6)
Pelancaran perasmian oleh Guru Besar SK Bandar Banting
Bacaan ikrar oleh Ketua Pengawas

Persembahan daripada murid Kelab Doktor Muda
Penyerahan buku dan bahan IMFree kepada guru kelas tahun 1

Sunday, March 5, 2017

HEBAHAN

TAJUK: PERMOHONAN PENEMPATAN MURID TAHUN 1 SESI 2018 SECARA TALIAN

1) Sukacita dimaklumkan, permohonan penempatan murid-murid tahun 1 sesi 2018 telah
    dibuka secara atas talian.

2) Murid yang terlibat ialah anak yang dilahirkan pada 2.1.2011 hingga 1.1.2012.

3) Permohonan boleh dibuat bermula 01.03.2017 hingga 30.04.2017.

4) Permohonan pendaftaran secara atas talian boleh dilakukan di laman seperti berikut:
                                                       https://public.moe.gov.my   




Friday, March 3, 2017

PROGRAM PERMATA IMPIAN 2017

Program Permata Impian anjuran Pemuafakatan Sekolah-sekolah Zon Barat.   JK Pelaksana adalah terdiri daripada guru-guru Bimbingan Kaunseling 8 buah sekolah daerah Zon Barat.   Sasaran melibatkan murid-murid Tahun 6.  Objektif program;
1. Mengenal pasti murid yang mempunyai masalah dari segi emosi, tingkah laku dan pembelajaran;
2. Memberi suntikan motivasi kepada murid;
3. Membantu guru-guru mata pelajaran Tahun 6 menyediakan murid yang mempunyai kesedaran 
    dalam menghadapi UPSR.





Program Permata Impian dijalankan di SK Bandar Banting pada 22 Februari 2017
( Selasa )


PEMERIKSAAN KUKU, RAMBUT DAN TANDA NAMA MURID ( SPOTCHECK)

Tarikh:  27 Februari 2017 (Isnin)


SPOTCHECK dijalankan oleh JK Disiplin bersama guru-guru.   Tujuan spotcheck dijalankan adalah untuk memastikan semua murid sentiasa mematuhi disiplin dan kekemasan sebagai murid di SK Bandar Banting.   Kesalahan murid dicatat dan ibu bapa perlu membantu anak-anak memastikan segala peraturan sekolah dipatuhi.
Pemeriksaan kuku

Pemeriksaan rambut oleh Pn Simah
Pemeriksaan tanda nama oleh Guru Besar


Murid sedang memotong kuku setelah ditegur oleh guru

Thursday, March 2, 2017

PROGRAM PATUHI PERATURAN KANTIN

Tarikh: 1 Mac 2017
Masa : 9.00 - 10.00 pagi
Tempat: Dewan Gemilang
Objektif:
1. Memberi kesedaran dan tanggungjawab kepada murid-murid supaya mematuhi peraturan kantin
2. Menanamkan rasa sayang akan kantin sekolah dengan menjaga kebersihan dan keselamatan
3. Mendidik murid-murid supaya sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni


PERHIMPUNAN BULANAN KOKURIKULUM BILANGAN 1/2017


Tarikh: 20 Februari (Isnin)
Masa: 7.30-8.00 pagi
Unit Uniform yang terlibat: Puteri Islam