... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, February 22, 2022

JAMUAN AKHIR TAHUN 2021 KELAB MESRA BToPS

 

JAMUAN AKHIR TAHUN 2021 KELAB MESRA BToPS


HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID KALI KE-17/2021

 HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID KALI KE-17/2021


Pada hari Khamis, 17 Februari 2021, SK Bandar Banting, telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Murid Kali Ke-17 (Dalam Norma Baharu). Majlis ini bermula pada pukul 7.30 pagi.

               Tujuan hari anugerah ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum. Penganugerahan ini diharapkan dapat memberi motivasi kepada murid-murid supaya terus cemerlang dalam ketiga-tiga bidang.

               Hari ini dimulakan dengan nyanyian lagi. Kemudian diteruskan dengan ucapan oleh Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Banting. Penganugerahan diberikan kepada semua murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum dari murid Prasekolah hingga Murid tahun 6.

               Acara kemuncak ialah penyampaian anugerah Tokoh Nilam, Tokoh Bestari. Tokoh Mithali, Tokoh Kesatria dan Tokoh Bitara. Hari ini berlangsung dengan lancar sekali. Diharapkan agar majlis seperti ini akan menjadi pendorong kepada murid-murid agar lebih cemerlang pada masa akan datang.