Pada 25 Julai 2018, telah diadakan Program Kem Bestari Solat di SK Bandar Banting.
Program ini telah dihadiri oleh seramai 529 murid beragama islam Tahap 1 dan Tahap 2.
Program ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Program dimulakan dengan Murid-murid di jamu makan tengahari bermula dari jam 12.30 tengahari.


