... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......
Showing posts with label PENTADBIRAN. Show all posts
Showing posts with label PENTADBIRAN. Show all posts

Friday, March 16, 2018

BENGKEL KEPIMPINAN PENGAWAS FASA 1

TARIKH: 16 MAC 2018
MASA   : 7:30 AM - 11:30 AM
TEMPAT: DEWAN GEMILANG SKBB
PENCERAMAH: MOHD ZURAIDI BIN KOMARI







Tuesday, February 27, 2018

SKYPE-A-THON

Tahniah kepada murid-murid SK Bandar Banting kerana telah terpilih antara salah sebuah sekolah untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Microsoft.

Skype-A-Thon bertujuan untuk menghubungkan  murid-murid dari serata sekolah di Malaysia dengan mempersembahkan keistimewaan sekolah masing-masing di samping dapat menunjukkan bagaimana teknologi dapat mempertingkatkan pengalaman belajar murid.



Turut hadir menyokong program Skype-A-Thon di SK Bandar Banting adalah En Saiful Azman Pegawai Unit Maklumat dan ICT PPD Kuala Langat dan En Shahrizal dari PKG Kanchong Darat

Tuesday, June 6, 2017

JADUAL WAKTU SEMASA BULAN RAMADHAN - 2017

WAKTU PEJABAT SEMASA BULAN RAMADHAN
Mengikut Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2016 { JPA.SARAAN 223/5/4-3 Jld.3 ( 9 ) }

waktu pejabat sekolah

Wednesday, April 12, 2017

Pada 10 April 2017 yang lalu,bertempat di SK Bandar Banting telah diadakan Majlis Pelancaran Memperkasakan VLE Frog Edisi 2017 yang disempurnakan  oleh  Guru Besar SK Bandar Banting iaitu Puan Siti Hanim Binti Sungit. Pelancaran  ini  menandakan program Frog VLE memerlukan penglibatan dari semua murid, guru serta ibu bapa. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku serta lagu Negeri Selangor, diikuti ucapan perasmian oleh guru besar. Pada Majlis tersebut juga,Puan Siti Hanim telah menyampaikan Kad Frog VLE kepada semua ketua kelas dari tahun satu hingga tahun enam. Semoga SK Bandar Banting terus cemerlang dalam memartabatkan penggunaan Frog VLE sesuai dengan temanya    " Ekspedisi ke alam cyber”.
Pn Siti Hanim menyerahkan Kad Frog VLE kepada ketua kelas
Tahniah diucapkan kepada penerima anugerah "IM CHAMPION" Nur Aisyah binti Nasaruddin yang telah log masuk VLE Frog sebanyak 200 kali

Tuesday, January 24, 2017

CUTI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA

Sekolah akan bercuti sempena Tahun Baharu Cina bermula 26 Januari hingga 31 Januari 2017. Murid-murid bersekolah seperti biasa pada 01 Februari 2017. Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT TAHUN BAHARU CINA kepada pelajar dan ibu bapa yang beragama Buddha.

Thursday, January 12, 2017

PROGRAM BICARA ILMU

TARIKH: 10 JANUARI 2017 (SELASA)
MASA: 7:20 AM - 7:30 AM
TEMPAT: SERAMBI BESTARI


Bicara Ilmu mula dilaksanakan pada tahun 2017. Melibatkan pembentangan dan perkongsian setiap hari SELASA, 7.20-7.30 pagi. Tajuk perkongsian berkaitan Gelombang 2, PPPM 2013-2025, isu-isu pendidikan dan profesionalisme keguruan.