... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, June 15, 2021

KEJOHANAN MERENTAS DESA SK BANDAR BANTING

" THE SPIRIT OF BToPS "

KEJOHANAN MERENTAS DESA VIRTUAL SK BANDAR BANTING 2021




Seperti sedia maklum, pendemik Covid 19 telah menjejaskan beberapa acara sukan di sekolah. Jadi pihak Unit Sukan SK Bandar Banting dengan kerjasama pihak Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Puncak Alam melalui Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pendidikan UiTM (SMFP) dan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Selangor telah melakukan inisiatif melalui Program Virtual Rentas Desa

Makluman pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh penyelarasan: 23/03/2021
Tarikh pendaftaran: 25/03/2021 - 15/04/2021
Tempoh pertandingan: 27/03/2021 - 10/06/2021
Platform: Aplikasi larian ( Contoh: Starva )

Tempat: Lokasi pilihan
Sasaran : Semua murid tahun 4,5 dan 6 SK Bandar Banting


Objektif:

1) Melaksanakan pertandingan merentas desa peringkat sekolah seperti yang terdapat dalam takwim sekolah.

2) Membantu murid meningkat markah penilaian PAJSK murid melalui penyertaan pertandingan di peringkat sekolah dan kebangsaan.

3) Memberi peluang kepada murid-murid memenuhi keperluan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan Ko Kurikulum (PAJSK) yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

4) Menggalakkkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid sekolah semasa
pandemik Covid-19

5) Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid-murid.


Tindakan peserta

( 25 Mac hingga 15 April 2021 )

1. Murid menyertai Google Classroom pertandingan dengan menekan pautan dibawah.
https://classroom.google.com/c/MzEwMTE3MzIxNzE3?cjc=55hlq74
* Sila gunakan alamat emel MOE murid untuk menyertai pautan penyertaan.



2. Ibu bapa/ penjaga mengisi borang penyertaan peringkat kebangsaan dan borang kebenaran menyertai pertandingan
3. Murid boleh menyemak senarai rumah sukan pada pautan dibawah.


( 27 Mac hingga 14 Jun 2021 )

1. Murid melakukan larian, merakam gambar aktiviti larian dan membuat tangkapan layar aplikasi larian
2.  Murid mengisi makumat , memuat naik gambar aktiviti larian dan tangkapan layar aplikasi larian pada pautan borang penyertaan peringkat sekolah yang terdapat dalam Google Classroom pertandingan.


( 14 Jun hingga 15 Jun 2021 )

1. Guru  menyemak semua penyertaan pertandingan murid untuk memilih pemenang peringkat sekolah.
2. Guru  mendaftarkan semua murid yang telah menyertai pertandingan peringkat sekolah  ke pertandingan peringkat kebangsaan.
* Semua murid yang menyertai akan mendapat sijil penyertaan peringkat sekolah/ kebangsaan.
* Semua pemenang akan dihubungi oleh pihak pengelola pertandingan bagi tujuan penyampaian hadiah dan sijil pencapaian.
* Boleh hubungi Cikgu Zaki (0135033833) jika terdapat sebarang pertanyaan yang berkaitan dengan pertandingan.


































KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 

SK BANDAR BANTING 2020
14 FEBRUARI 2020


    Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah adalah aktiviti yang dikelolakan oleh unit Kokurikulum pada setiap tahun. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap warga SK Bandar Banting berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, kejohanan ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif dan juga berdasarkan 1M1S.

    Pada pukul 7:30 pagi, semua murid tahun 1 hingga 6 dan guru berkumpul di dataran perhimpunan untuk melakukan Bacaan Yassin yang dikendalikan oleh Ust Salahhudint. Pada pukul 8:30 pagi, murid tahun 1 hingga 3 berada di Dewan Gemilang bagi mengikuti Program I'M FREE yang dikendalikan oleh En Samad.Murid tahun 4 hingga 6 bergerak ke padang bagi memulakan Pertandingan KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH. Pelari terakhir menamatkan larian pada pukul 10:25 pagi. Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 11:00 pagi. Tahniah Rumah Nilam kerana menjadi johan untuk edisi kali ini.





















































KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 
SK BANDAR BANTING 2019
18 JANUARI 2019


*Sila layari VLE sekolah untuk lebih gambar dan maklumat
                                         bba1038.1bestarinet.net

PERTANDINGAN
TARIKH: 18 FEB 2019
MASA   : 8:30 AM

     Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah adalah aktiviti yang dikelolakan oleh unit Kokurikulum pada setiap tahun. Kejohanan ini dianjurkan bertujuan untuk mengembangkan potensi setiap warga SK Bandar Banting berasaskan Falsafah Pendidikan Negara. Selain itu, kejohanan ini juga memberi peluang kepada murid-murid untuk menyertai sekurang-kurangnya satu aktiviti sukan secara positif dan juga berdasarkan 1M1S.

    Pada pukul 7:30 pagi, semua murid tahun 1 hingga 6 dan guru berkumpul di dataran perhimpunan untuk melakukan senamrobik yang dikendalikan oleh Pn Hani Brenda bagi Program Gaya Hidup Sihat. Pada pukul 8:30 pagi, murid tahun 1 hingga 3 berada di Dewan Gemilang bagi mengikuti Program I'M FREE yang dikendalikan oleh En Samad.Murid tahun 4 hingga 6 bergerak ke padang bagi memulakan Pertandingan CROSS COUNTRY CHALLENGE. Pelari terkahir menamatkan larian pada pukul 10:25 pagi. Majlis penyampaian hadiah berlangsung pada pukul 11:00 pagi.







  

















 PRAPERTANDINGAN
TARIKH: 16 FEB 2019
MASA   : 3:30 PM











No comments:

Post a Comment