... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, April 24, 2019

Kem Bestari Solat Siri 1/2019

1.    NAMA PROGRAM
PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2019 BAGI TAHAP 1 DAN 2

2.    TARIKH
24 APRIL 2019

3.    HARI / MASA
Rabu / 2.155.30 petang

4.    TEMPAT
DEWAN GEMILANG, SK BANDAR BANTING

5.    OBJEKTIF
5.1          Murid dapat mengetahui anggota dan rukun-rukun berwuduk dengan betul.

5.2          Murid dapat melaksana amali wuduk dengan betul dan sempurna.

5.3          Murid dapat mengetahui perkara yang membatalkan wuduk.

5.4          Murid dapat membaca doa qunut dengan betul.

5.5          Murid dapat membaca tahiyat awal dan akhir dengan sempurna.
5.6          Murid dapat melaksana perlakuan solat dengan sempurna.
5.7          Murid dapat membaca bacaan dalam solat dengan betul.

6.    SASARAN
1.    Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2

7.    BUTIRAN AKTIVITI

Program Kem Bestari Solat Siri 1 Tahap 1 dan 2 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini melibatkan seramai 658 orang murid terdiri daripada murid-murid Tahap 1 dan Tahap 2.
Program ini bermula pada pukul 2.15 hingga 5.30 petang pada hari Rabu.
Murid-murid Tahap 1 didedahkan dengan tayangan LCD dan penerangan tentang anggota wuduk yang disampaikan oleh Puan Sri Dewi. Manakala murid Tahap 2 pula diberi taklimat tentang bacaan tahiyat awal dan akhir serta doa qunut oleh Encik Salahudin di Surau Nurul Iman.



Tuesday, April 23, 2019

Pelancaran Bulan Kempen Galakan Membaca, Dekad Membaca 2020 hingga 2030

Tarikh : 15 April 2019
Hari    : Isnin
Masa   : 7.45 pagi hingga 8.30 pagi ( Perhimpunan pagi )
Tempat : Dataran Gemilang
Kolaborasi bersama : Unit Kokurikulum, Panitia Bahasa Melayu dan Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor.
Kumpulan sasaran : Semua Murid Sekolah Kebangsaan Bandar Banting

  PENGENALAN PROGRAM
Kempen Bulan Galakan Membaca merupakan satu aktiviti tahunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk mengukuhkan budaya membaca dan menanam sikap cintakan ilmu melalui pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan dalam kalangan murid. Oleh itu, Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba telah diberi tanggungjawab untuk menjalankan Kempen Bulan Galakan Membaca ini. Semoga program ini dapat membantu murid-murid SK Bandar Banting.

           OBJEKTIF
2.1       Membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan murid.
2.2       Menanam sikap menghargai dan cintakan buku.
2.3       Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang   
            berkaitan dengan pembacaan.

2.4       Memberi penghargaan terhadap pelajar yang minat membaca.
2.5       Menanamkan minat dan tabiat membaca.
2.6       Menggunakan bahan-bahan dan tenaga yang ada untuk tujuan kebaikan.
2.7       Memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah membaca dengan betul.
2.8       Melahirkan golongan murid yang tidak suka membuang masa.
2.9       Meningkatkan kecintaan kepada buku dan mengamalkan apa yang dibaca.
2.10     Membantu murid memperkembangkan minat, semangat dan kemahiran.
2.11     Belajar ke arah meningkatkan prestasi akademik secara sistematik dan  
           berkesan.
2.12    Melahirkan kemenjadian murid secara holistik dari segi jasmani, emosi, 
           rohani, intelek dan sosial.

2.13    Mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan murid pelbagai agama, 
          bangsa dan kepercayaan.

 

TENTATIF PROGRAM BULAN KEMPEN GALAKAN MEMBACA

AKTIVITI MURID
TARIKH / HARI
MASA

NAMA AKTIVITI
AJK TERLIBAT
TEMPAT

ISNIN
15 APRIL 2019


7.40 pagi hingga 8.30 pagi
Ø  Perasmian dan Gimik Pelancaran Kem Membaca Malaysia oleh Puan Siti Hanim binti Sungit,Guru Besar SK Bandar Banting.
Ø  Persembahan murid daripada wakil
PPKI- Nyanyian Saya Seekor Gajah secara kumpulan.

Ø   Persembahan wakil murid pemulihan membaca suku kata

Ø  wakil murid Tahun 3UIA –Aina Damia bercerita
Pn Amizah bt Ramlan
Pn Arinawati bt Amir
Pengawas Pusat Sumber Sekolah
Dataran Gemilang
SELASA
16 APRIL 2019



10.30 pagi

10.35 - 10.50 pagi
Ø  Membaca buku selama 20 minit serentak.
Ø  Resensi Buku- pilih 3 pemenang terbaik.
Ø  Sila serah nama pemenang kepada AJK terlibat.

Pn Nur Afiqa bt Azalan
( Pemenang Resensi Prasekolah)

Pn Ainus Sakinah bt Abdul Karim
(Pemenang Resensi Tahap 1)

Pn Fatimah bt Maidin
(Pemenang Resensi Tahap 2)

Pengawas Pusat Sumber
Dalam kelas masing-masing
RABU
17 APRIL 2019

10.30-11.30 pagi


3.30 - 4.30 petang (KOKO)
Ø  Pertandingan mewarna kulit buku cerita Prasekolah, Tahap 1 dan murid PPKI).
Ø  Pertandingan melukis dan mewarna kulit buku cerita ( Tahap 2)
Ø  Membuat Poster Kempen Galakan Membaca mengikut Unit Persatuan dan Kelab bersama guru penasihat.

Pn Normahani bt Kasirin
Pn Zuliazwa bt Zakaria
Pengawas Pusat Sumber
Cik Zuraidah bt Abd Rahim
Dalam kelas masing-masing
Dewan Gemilang
KHAMIS
18 APRIL 2019
8.00 - 11.00 pagi
Ø  “Program Seronoknya Berpidato”oleh penceramah Prof Madya Dr.Norazlina binti Mohd Kiram ( Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
Ø  Murid Tahap 2 ( Tahun 4, 5 dan 6 )

Semua AJK yang terlibat

Dewan Gemilang

AKTIVITI GURU
SELASA
16 APRIL 2019
7.20 -7.30 pagi

Sesi berbalas pantun di waktu pagi
Oleh Puan Ramlah binti Saring, Puan Amizah binti Ramlan dan Puan Zuraidah binti Abd Rahim).
Pn Nur Afiqa bt Azalan
Pentas Dataran Gemilang
RABU
17 APRIL 2019

12.20-1.20 tengah hari
Pertandingan menulis esei pendek bertajuk “Pengalaman Tahun Pertama Sebagai Seorang Guru”. Jumlah patah perkataan tidak lebih 200 patah perkataan.
Pn Normahani bt Kasirin
Dewan Gemilang


Dokumentasi Bergambar


                                                        Persembahan nyanyian dari murid-murid PPKI




                                       Persembahan murid bercerita dari Aina Damia bt Mohd Irwan 3 UIA






















                                              Aktiviti Guru - Sesi Berbalas Pantun semasa rehat Tahap 1


















                                 Pertandingan melukis Poster Kempen Galakan Membaca semasa aktiviti 
                                 Kokurikulum petang Rabu