... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, March 8, 2017

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP)

Program Dwibahasa atau Dual Language Programme (DLP) di bawah Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Ia dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis pada tahun 2016 melibatkan 300 buah sekolah.

Program DLP memberi pilihan kepada sekolah-sekolah yang layak untuk menjalankan sesi pembelajaran dan pengajaran dalam Bahasa Inggeris selain daripada Bahasa Malaysia bagi mata pelajaran Matematik, Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, serta Reka Bentuk dan Teknologi. Bagi tujuan pelaksanaan rintis DLP, mata pelajaran yang terlibat adalah Matematik dan Sains bagi Tahun 1, Tahun 4 dan Tingkatan 1.

Tujuan Pelaksanaan DLP

Pelaksanaan DLP bertujuan untuk menyokong penguasaan kemahiran berbahasa Inggeris murid melalui peningkatan masa pendedahan kepada Bahasa Inggeris secara tidak langsung.

Dengan pengukuhan dwibahasa seseorang murid, DLP boleh memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan akses, penerokaan pelbagai ilmu untuk bersaing di peringkat global serta meningkatkan kebolehpasaran murid di alam pekerjaan.

Kriteria yang ditetapkan adalah seperti berikut:

1. Sekolah mempunyai sumber yang mencukupi.

Sumber adalah merujuk kepada buku teks, bahan rujukan, bahan bantu mengajar dan lain-lain bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran.

2. Pengetua/Guru Besar dan Guru bersedia untuk melaksanakan DLP

Pengetua/Guru Besar perlu bersetuju dengan perlaksanaan DLP serta bekerjasama dengan PPD/JPN bagi rancangan jangka panjang dan jangka pendek untuk memastikan bilangan guru dan murid yang mencukupi.

3. Pemintaan dan sokongan daripada ibu bapa

Ibu bapa perlu memberi persetujuan secara bertulis kepada pihak sekolah untuk membolehkan anak mereka mengikut DLP. Ibu bapa juga perlu mengambil peranan yang aktif dalam pendidikan anak mereka dengan memberi sokongan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan DLP

4. Pencapaian sekolah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu

Pencapaian ini mestilah menyamai atau lebih daripada pencapaian purata kebangsaan Bahasa Melayu

Pelaksanaan DLP

1. Bilangan kelas bagi pelaksanaan DLP

Kelas DLP mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 15 orang murid bagi satu kelas dengan mengekalkan bilangan kelas yang sedia ada. Kelas DLP perlu menggunakan Bahasa Inggeris sepenuhnya untuk pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat.

2. Mata pelajaran yang terlibat

Pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016 akan melibatkan:-

a. Peringkat Sekolah Rendah
i. Dunia Sains dan Teknologi (DST) Tahun 1
ii. Matematik Tahun 1
iii. Sains Tahun 4
iv. Matematik Tahun 4

b. Peringkat Sekolah Menengah
i. Sains Tingkatan 1
ii Matematik Tingkatan 1

3. Bahan Sokongan Pembelajaran dan Pengajaran

Kementerian Pendidikan akan menyediakan bahan-bahan berikut bagi mata pelajara yang berkenaan dalam Bahasa Inggeris kepada sekolah yang memilih untuk pelaksanaan rintis DLP pada tahun 2016:

a. Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran  - Portal KPM
b. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid - Portal KPM
c. Buku Teks
d. Buku Rujukan bagi pusat sumber sekolah dan panitia mata pelajaran

4. Peruntukan Masa Pengajaran dan Pembelajaran

Peruntukan masa pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yang terlibat dalam pelaksanaan DLP adalah kekal seperti perutnukan masa yang sedang berkuat kuasa sekarang.

5. Pentaksiran

Semua peperiksaan awam bagi mata pelajaran Sains dan Matematik mulai tahun 2016 akan disediakan dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Pentaksiran sekolah bagi mata pelajaran yang terlibat perlu disediakan dalam bahasa penghantar yang digunakan.

No comments:

Post a Comment