... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

PENDIDIKAN KHAS




PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

 ( PPKI )

   MASALAH PEMBELAJARAN 

   SK BANDAR BANTING


PIHAK PENGURUSAN PPKI SK BANDAR BANTING




PENGERUSI


PUAN ROKIAH BINTI MD NOR

(GURU BESAR)




NAIB PENGERUSI


PUAN HAJAH ASMIAH BINTI SARING

(PENOLONG KANAN PENTADBIRAN)





NAIB PENGERUSI 1


ENCIK  MISNAN BIN TUSHAN

(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURUD)







NAIB PENGERUSI 2

TN. SYED MOHD FAUZI BIN SYED ABD LATIF

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM)





PENYELARAS PPKI


PUAN NOORAIZAH BINTI AB RAZAK

GURU PENDIDIKAN KHAS







SETIAUSAHA PPKI


PUAN SITI ZAINON BINTI MANAF

GURU PENDIDIKAN KHAS





NAIB SETIAUSAHA 


PUAN BADALIAH BINTI ANAB

GURU PENDIDIKAN KHAS





PENOLONG NAIB SETIUSAHA


PUAN NORHANI BINTI NORDIN

GURU AGAMA ISLAM PPKI






AHLI JAWATANKUASA 1


ENCIK ZAMIR ALWAN BIN NOR ARZAMAN

PEMBANTU PENGURUSAN MURID 




AHLI JAWATANKUASA 2


PUAN FATIMATUL ZAHRA BINTI PUASA

PEMBANTU PENGURUSAN MURID






Penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Bandar Banting

Program Pendidikan Khas Intergrasi  (PPKI) Sekolah Kebangsaan Bandar Banting telah dibuka pada tanggal 14 Februari 2019 Keprihatinan dan komitmen padu dari pihak pengurusan SK Bandar Banting bagi menyediakan program pendidikan khas telah dapat memenuhi kehendak murid-murid pendidikan khas. Tujuan program ini dibuka tidak lain dan tidak bukan adalah atas keperluan dan permintaan masyarakat setempat bagi memenuhi ke hendak murid-murid berkeperluan khas.
          Pendidikan khas merujuk kepada pendidikan bagi kanak-kanak “luarbiasa”,iaitu kanak-kanak yang dari segi intelek, fizikal,sosial atau emosi yang mana tidak mencapai tahap pertumbuhan dan penyuburan biasa,sehinggakan mereka tidak dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya daripada rancangan sekolah biasa.Justeru itu Program pendidikan khas telah ditubuhkan bagi membantu kanak-kanak yang “luarbiasa”ini.
          Pada peringkat awal penubuhan,seramai 2 orang tenaga pengajar telah ditempatkan di program ini,iaitu Puan Nooraizah binti Ab Razak selaku Penyelaras PPKI ,Puan Siti zainon binti Manaf Setiausaha PPKI dan seorang Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Muhammad Zamir Alwan bin Nor Arzaman. Pada awal pembukaan PPKI Seramai 3 orang murid iaitu 1 orang murid lelaki dan 2 orang murid perempuan yang telah ditempatkan dalam satu kelas tujuan aktiviti pembelajaran dan pengurusan program.




Setelah dua tahun lebih beroperasi,(2021) PPKI SK Bandar Banting telah menempatkan seramai 17 orang murid iaitu sebanyak 2 kelas yang terdiri daripada 14 orang murid lelaki dan 3 orang murid perempuan, 3 orang guru iaitu 3 orang guru perempuan dan seorang pembantu pengurusan murid. Di antara kategori murid pendidikan khas yang ditempatkan di sini ialah murid bermasalah pembelajaran atau lewat perkembangan, Disleksia, Autisme, ADHD dan Multiple Disorder (MD).
 Kaedah pembelajaran Program Pendidikan Khas adalah berbentuk fleksibel,iaitu mengikut potensi, kemahiran, bakat dan kehendak murid-murid ianya tidak bertumpu kepada bidang akademik semata-mata. Keperluan, kehendak, bakat dan kemahiran murid pendidikan khas adalah berbeza-beza antara satu sama lain. Selain aktiviti  di dalam kelas, pendidikan luar bilik darjah juga telah dirancang bagi membantu memenuhi kemahiran motor halus dan motor kasar, kehendak, minat, potensi diri membuka minda dan memberi pengalaman sebenar kepada murid-murid. Antara aktiviti luar yang pernah dijalankan ialah aktiviti terapi jogging,rekreasi dan, sambutan harijadi ,lawatan bermaklumat.
Sehingga kini ternyata penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi telah banyak membantu dalam memenuhi kehendak dan keperluan murid-murid istimewa. Sokongan padu daripada pihak pengurusan sekolah dan masyarakat setempat telah memantapkan lagi visi dan misi penubuhan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK  Bandar Banting.Semoga Program Pendidikan Khas Integrasi akan terus maju dan dapat memberi sumbangan yang besar terhadap negara.



SAMBUTAN HARI JADI MURID PPKI DI

 MARYBROWN


sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Bandar Banting, merupakan suatu program yang terkandung dalam perancangan aktiviti kokurikulum murid. Program ini adalah satu inisiatif Pendidikan Khas sekolah. Program ini akan diadakan dua kali setahun. Sambutan hari lahir ini melibatkan murid – murid SK Bandar Banting dan juga ibu bapa murid kelas UM dan murid kelas UTM . Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta ibu bapa murid PPKI.








KARNIVAL  MARHABAH PENDIDIKAN KHAS

   DAERAH KUALA LANGAT 2023 



Karnival Mahabbah Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat yang telah diadakan di Maahad I hya' al Ahmadi pada 13 Disember 2023.

PPKI SKBB telah menghantar seorang wakil iaitu adik Nurul Iman Sabrina untuk menyertai karnival tersebut.




PERTANDINGAN SKETSA CERITA RAKYAT

 SEKOLAH RENDAH 

PERINGKAT NEGERI SELANGOR 

Murid PPKI dengan kerjasama Murid arus perdana telah mengikuti Pertandingan Sketsa cerita rakyat bertempat di Shah Alam, Selangor pada 6 Disember 2023. Danial Raffiq , Sharvesh dan juga Danial Putra telah terpilih mengikuti pertandingan tersebut.  Pertandingan tersebut telah menerima hadiah sahu hati. Tahniah diucapkan. 






OUTING EDUCATION 

PERTO SAINS DAN

 AKUARIA KLCC


  

 




 






SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN 

PPKI 

 SK BANDAR BANTING















TERAPI PASIR  PANTAI MORIB


Terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan murid menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya. Oleh itu, PPKI telah menjalankan terapi pasir Di Pantai Morib pada 20.9 2023 


Cuaca sangat cantik dan sesuai untuk menjalankan aktiviti murid PPKI

                    
Bergambar kenangan bersama

Senaman arobik untuk memanaskan badan sebelum memulakan aktiviti


Membuat Istana Pasir


Murid dibagikan mengikut kumpulan masing- masing






Pertandingan Mumia



Penyampain hadiah
Aktiviti Belon air
                                     


Jamuan makan bersama.





 SAMBUTAN HARI LAHIR MURID PPKI 

SK BANDAR BANTING DI MCDONALDS 

Pada 24 ogos 2023 telah dijalankan sambutan hari lahir murid PPKI di Mcdonalds di cawangan Banting. Seramai 24 murid dan diiringi 6 orang guru mengikuti sambutan hari lahir tersebut.Pelbagai aktiviti menarik yang telah disediakan oleh pihak Mcdonald termasuk permaina rebut kerusi, hadiah yang menarik dari pihak macdonald dan paling penting keseronokan bersama kawan- kawan.



       








KEJOHANAN SUKAN OLAHRAGA MURID PPKI






 






AKTIVITI MINI ZOO  BERTEMPAT DI 


SK BANDAR BANTING 







  













HARI ORENTASI TAHUN 1 TAHUN 2023












MAJLIS GRADUASI DAN 

APRESIASI PPKI TAHUN 2022/2023







                 






SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK

 SEDUNIA

Pada 9 Disember 2022 telah berlangsungnya sambutan hari kanak-kanak sedunia di sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan. Murid PPKI terlibat dalam aktiviti pakaian peragaan  bertemakan animasi. 
















PROGRAM JALINAN DAN JARINGAN

 TERAPI HAIWAN 


Seramai 65 orang murid pendidikan khas, 15 orang guru dan 7 orang PPM daripada sekolah Kebangsaan Batu Laut, SK Bandar Banting, SK Morib dan SK Sri Langat menyertai program jalinan dan jaringan terapi haiwan di G2G Animal Garden.


Bergambar bersama Penyelaras Pendidikan Khas empat buah sekolah. 
 

 

 Murid- murid Pendidikan Khas empat buah sekolah bergambar di hadapan pintu masuk .

 

 

 

KARNIVAL KEMAHIRAN PENDIDIKAN

 KHAS PERINGKAT


 DAERAH KUALA LANGAT 2022



Unit Pendidikan Khas, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dengan kerjasama SMK Jugra mengadakan Karnival Kemahiran Pendidikan Khas peringkat Daerah Kuala Langat Tahun 2022 pada 24 September 2022 bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra. Murid PPKI SK Bandar Banting terlibat dalam pelbagi acara antaranya, Solekan dan peragaan, Dekorasi kek cawan, Penyediaan kad ucapan Hari Jadi, Gubahan bunga hiasan untuk meja sudut, penyediaan Bento dan juga penyediaan sanwich telur . 
 







KARNIVAL STEM DAERAH


 KUALA LANGAT

Pada 9 ogos 2022 telah berlangsung Karnival Stem Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat 2022 bertempat di SK Sri Langat. Karnival ini menjadi medan untuk mencungkil kemahiran KBAT serta membina keyakinan diri murid Pendidikan Berkeperluan Khas. 










KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD 2022


Pada 18- 21 Julai 2022 telah berlangsung Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Daerah Kuala Langat 2022 bertempat di Kolej Matrikulasi Selangor . Kejohanan ini menjadi medan untuk mencungkil bakat baru dalam pelbagai acara yang dipertandingkan serta membina keyakinan diri murid pendidiukan berkeperluan khas.



AKTIVITI GOTONG ROYONG PPKI





 




KARNIVAL E-MARHABBAH 

PENDIDIKAN KHAS



Karnival e-marhabbah Pendidikan Khas Peringkat Kebangsaan yang dilaksanakan secara dalam talian adalah satu aktiviti koakademik untuk memperkasakan kecermelangan Murid Berkeperluan Khas ( MBK ) dalam bidang kurikulum. Aktiviti ini dijalankan pada tarikh 21-24 Jun 2022.

Wakil pelajar yang mendapat tempat ke tiga dalam acara becerita lelaki di Peringkat Daerah




SAMBUTAN HARI JADI MURID PPKI DI

 MARYBROWN


sambutan meraikan hari lahir murid-murid SK Bandar Banting, merupakan suatu program yang terkandung dalam perancangan aktiviti kokurikulum murid. Program ini adalah satu inisiatif Pendidikan Khas sekolah. Program ini akan diadakan dua kali setahun. Sambutan hari lahir ini melibatkan murid – murid SK Bandar Banting dan juga ibu bapa murid kelas UM dan murid kelas UTM . Semoga melalui program sebegini dapat mengeratkan hubungan sesama murid dan guru serta ibu bapa murid PPKI.












HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN MURID KALI KE - 17/2021 DALAM NORMA BAHARU.





    

     
Syabas dan tahniah diucapkan pada penerima anugerah.







KARNIVAL e-KEMAHIRAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH KUALA LANGAT.


- Karnival e-Kemahiran telah berlangsung pada 15 hingga 17 November 2o21 secara rakaman video. PPKI SK Bandar Banting telah di wakili oleh Navin A/L Thanabalan dalam acara Gubahan Tanah Liat dan Muhammad Harris Bin Othman dalam acara Binaan Arca kerta. Muhammad Harris Bin Othman telah memengani tempat pertama dalam acara tersebut yang di sertai oleh 7 buah sekolah.

- Pautan video   : - https://youtu.be/Bg6epbdm87I
                            : - https://youtu.be/pVu8scrSnx0





Tahniah pada pemenang...









PERTANDINGAN e-BADAN BERUNIFORM PPKI DAERAH KUALA LANGAT TAHUN 2021.

-Pertandingan ini telah di laksanakan pada 19 hingga 25 Oktober 2021 secara rakaman video yang disertai oleh Ahmad Nauf Rahmadan Bin Ali.


Kategori 1 : Minuman Jus Buah-Buahan




-Kategori 2 : Salad Buah-Buahan



Tahniah!!!!




KEM BESTARI SOLAT PPKI SIRI 1 DAN 2


- Kem Bestari Solat telah di jalan kan pada 7 & 8 Oktober 2021 untuk memastikan murid-murid dapat mengaplikasikan amalam ibadah solat dengan bimbingan guru.







PROGRAM SEGAR MINDA MURID PPKI 3.0 PADA 04 HINGGA 06 OKTOBER 2021.










PERSIAPAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH PPKI SK BANDAR BANTING


-Pemantauan daripada Pegawai PPD En. Azhar Bin A. Kadir pada 04 Oktober 2021.










- Pemantauan daripada Pegawai PPD HEM Mohd Awan Bin Mohd Razi pada 03 Oktober 2021.







- Pemantauan daripada Pegawai PPD HEM Mohd Azwan bin Mohd Razi pada 30 September 2021.








TAKLIMAT PEMBUKAAN SEKOLAH PADA 29 SEPTRMBER 2021






PEMANTAUAN PENGOPERASIAN PEMEBUKAAN SEKOLAH PPKI 3.0 OLEH PIHAK KPM, JPN DAN PPD KE SK BANDAR BANTING


Pada 23 September 2021 SK Bandar Banting telah di datangi oleh En. Helmy Bin Mahat dan Pn. Farhana Binti Nur Azmi dari Kementerian Pelajaran Malaysia, Pn. Noor Hidayah Binti Hasnani dari Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, En. Nasharuddin Bin Abdul Karin dan En. Norhizam Bin Ismail dari Unit Pendidikan Khas Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat.







Setinggi-tinggi ucapan jutaan terima kasih kepada pihak pelawat dan pihak pentadbir di atas kerjasama yang diberikan.






PERSIAPAN PENGOPERASIAN PEMBUKAAN
SEKOLAH PPKI SK BANDAR BANTING


Guru-guru PPKI dan Pembantu Pengurusan Murid telah membuat gotong royong pembukaan sekolah pada 13 hingga 17 September 2021 dan 20 hingga 22 September 2021 bagi memastikan pihak sekolah bersedia untuk menerima kehadiran murid.


-   Gotong royong pembersihan kelas dan persekitaran.

-   Pelebelan dan tagging





-  Persediaan bilik isolasi

-  Sanitasi







SAMBUTAN HARI AUTISME PERINGKAT SEKOLAH

TARIKH : 19 APRIL 2021

MASA : 10.30 pagi - 11.30 pagi

TEMPAT : Dewan Gemilang

                                  FAKTA MENGENAI AUTISME


Autisme tidak dapat dikenalpasti hanya dengan melihat secara fizikal. Autisme dapat dilihat melalui defisit dalam komunikasi sosial dan interaksi serta tingkah laku yang berulang.





Autisme muncul pada usia awal kanak-kanak (sebelum 3 tahun) dan boleh dikenalpasti seawal usia 18 bulan.


Autisme adalah gangguan spektrum. Ini bermakna bahawa sesetengah individu terjejas dengan autisme pada tahap yang rendah, sesetengah di peringkat sederhana dan sesetengah di tahap yang tinggi.




Buku Program



           Tanda sokongan kami 
Tahniah usaha JK PPKI yang diketuai oleh Puan Nooraizah menyiapkan parkir OKU


SUMBANGAN BASIKAL KEPADA MURID PPKI

29 DISEMBER 2019

Badan Kebajikan Sekolah telah memberi sumbangan basikal pada murid PPKI (Jenny Margreat), murid ini berstatus anak yatim mempunyai masalah dalam kehadiran kerana ibunya bekerja tiada orang yang dapat menghantarnya ke sekolah, dengan sumbangan basikal ini diharap Jenny akan selalu hadir ke sekolah.
Terima kasih kepada Pn Ramlah selaku PK HEM SKBB yang membantu murid ini untuk mendapatkan sumbangan berbentuk basikal.













Tema Sambutan Hari Autisme Sedunia "Royal Blue"


SUMBANGAN MANGSA KEBAKARAN

Pada 3 Mac 2021 seorang murid PPKI iaitu Sharvesh telah ditimpa musibah di mana rumahnya telah musnah terbakar, semasa kejadian murid tersebut berada di sekolah dan ibunya berada di tempat kerja. kebakaran dilaporkan terjadi kerana lintar pintas.
Pihak sekolah amat simpati dengan musibah yang telah ditimpa oleh Sharvesh. Unit Kebajikan sekolah segera membuat kuitipan dan bantuan kepada Sharvesh dan ibunya.



Sharvesh dihantar pulang oleh guru-guru PPKI


Sumbangan dari Unit Kebajikan Sekolah (keperluan sekolah, keperluan asas, dan wang) yang disampaikan oleh
 Guru Besar SK Bandar Banting


GOTONG-ROYONG MENYIAPKAN PARKIR OKU

 Parkir OKU telah disiapkan pada  23 Disember 2019


No comments:

Post a Comment