... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Saturday, May 18, 2019

PROGRAM KHIDMAT UMMAH DAN KEM KEPIMPINAN PENGAWAS PUSAT SUMBER BERSAMA KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR


 TARIKH : 25 APRIL 2019 ( FASA 1 ) DAN 2 MEI 2019 ( FASA 2 )
TEMPAT : PUSTAKA ILMU ZAABA
KOLABORASI : KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR
PENDAHULUAN
Pusat Sumber SK Bandar Banting merupakan sebuah tempat menyediakan kemudahan koleksi bahan pengajaran dan pembelajaran yang perlu diuruskan secara sistematik.
Persekitaran  Pusat Sumber SK Bandar Banting yang ceria dan bersih memberi keselesaan dan mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dalam kalangan warga sekolah. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan kerana mempunyai iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa ke arah tercapainya Visi dan Misi sekolah.

TARIKH / MASA / TEMPAT
      Fasa 1 : 25 April 2019 / Khamis / Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba
      Fasa 2 : 2 Mei 2019 / Selasa / Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba

KUMPULAN SASARAN
      Kumpulan sasaran program ini adalah seperti berikut :
ü 26 Pegawai Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
ü 60 Pengawas Pusat Sumber
ü 7 orang guru Ahli Jawatankuasa Perpustakaan dan Jawatankuasa Nilam SK Bandar Banting.
 OBJEKTIF
  1. Mewujudkan persekitaran PSS yang lebih ceria dan kondusif.
  2. Meningkatkan  kesedaran tentang pentingnya kemudahan yang bermaklumat.
  3. Memupukkan sikap bertanggungjawab terhadap Pusat Sumber Sekolah
  4. Mewujudkan kerjasama di antara warga sekolah.
  5. Menjadikan kawasan PSS selesa dan mendorongkan pembelajaran dalam   
      kalangan  murid.
  6. Mewujudkan kolaborasi bersama Kolej Universiti Islam Selangor
  7. Melahirkan kemenjadian murid secara holistik.
  8. Mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan murid dan persekitaran.






















                                                                    
                                                                   
                                                                                   FASA 2









Sunday, May 5, 2019

PROGRAM FROG CHAMPIONSHIP BACK 2 SCHOOL CHALLENGE

PROGRAM FROG CHAMPIONSHIP BACK 2 SCHOOL CHALLENGE
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR BANTING
PERSIARAN MAJLIS 42700 BANTING, SELANGOR


1.         PENGENALAN
           
Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu sistem pembelajaran berasaskan web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep pendidikan konvensional dengan kaedah maya. PROGRAM FROG CHAMPIONSHIP BACK 2 SCHOOL CHALLENGE bertujuan untuk membawa semua sekolah ke hadapan ke dalam pendidikan Abad ke-21 bagi Mata pelajaran Matematik . Permainan dalam bentuk ilmiah ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk belajar seterusnya dapat membantu pencapaian murid dalam menguasai kemahiran bagi mata pelajaran tersebut.

2.         MAKLUMAT KEMPEN

            2.1       Tarikh                          :           21 JANUARI – 3 FEBRUARI 2019
2.2       Tempat                        :          
2.3       Anjuran                        :           KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
2.4       Kelolaan                      :           FROG ASIA

3.         PENYERTAAN
                Terbuka kepada semua sekolah.
            Terbuka kepada semua guru.
            Terbuka kepada semua pelajar Tahun 1 hingga 6.


4.         KEPUTUSAN                                                            
            Sekolah                      : Tempat Kedua Peringkat Daerah
                                    : Tempat 72 Peringkat Negeri
                                   :  GENERAL PARTICIPATION Kebangsaan

Murid                          : Andrees Jairus Andrew
                                                - Tempat Kedua Peringkat Daerah
                                   
                                    :Vasutharan a/l Kumar
                                                - Tempat Ketujuh Peringkat Daerah









PROGRAM JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT

TARIKH    : 23 APRIL 2019
HARI         : SELASA
MASA       : 11.00 HINGGA 11.10 MINIT
TEMPAT   : DI DALAM KELAS DAN DEWAN GEMILANG
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID, PENTADBIR ,AHLI KUMPULAN PELAKSANA
 ( AKP ), PEKERJA PEMBERSIHAN
ANJURAN : PUSAT SUMBER PUSTAKA ILMU ZAABA
KOLABORASI BERSAMA : JAWATANKUASA NILAM

    PENGENALAN

 Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid sekolah. Semua murid perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar belakang keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar kanak-kanak dapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan , memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun bangsa.

Bagi merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional (National Key Result Area) ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, Pusat Sumber dengan kerjasama Jawatankuasa Nilam  telah merancang mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini budaya membaca menjadi sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia yang dipupuk sejak kecil lagi.
  OBJEKTIF
 

           1.Memupuk minat membaca secara berterusan selama 10 minit setiap hari.
           2.Menggalakkan murid mengisi masa lapang dengan membaca.
           3.Menggerakkan program aktiviti galakan membaca
           4.Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
           5.Memertabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.
           6.Melahirkan kemenjadian murid melalui Program Galakan Membaca.

DOKUMENTASI BERGAMBAR