... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Monday, September 25, 2017

Program Kembara Anak Merdeka 2017

Satu program berbasikal melibatkan 80 orang murid telah diadakan pada 19 Ogos 2017 yang lalu dari SK Bandar Banting ke pantai Morib.



Program Kembara Anak Merdeka 2017
Hari : Sabtu
Tarikh: 19.8.2017
Masa: 7.30 pagi – 12.30 tengah hari.
Bilangan Murid: 80 orang.









Murid-murid didedahkan dengan pengembaraan berbasikal dari SK Bandar Banting ke pantai Morib. Disamping itu, program bersama MDKL iaitu gotong-royong membersihkan pantai morib.





  


 




Thursday, September 14, 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH KEPADA MURID ASNAF

8 September 2017, SK Bandar Banting telah terpilih menjadi tuan rumah dalam Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam Sekolah kepada Murid Asnaf.
Selain SK Bandar Banting, SK Bukit Tadom dan SK Sg Kelambu juga mendapat sumbangan.
Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Seragam ini telah disempurnakan oleh YB Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang (Presiden Harvard Business School Alumni Club of Malaysia (HBSACM)). 
Seramai 208 orang murid telah menerima sumbangan 2 pasang pakaian seragam, kasut, beg dan stokin jenama Canggih serta alat tulis.
Pihak SK Bandar Banting mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato Seri Ir. Dr Zaini Ujang yang sudi datang ke SK Bandar Banting menjayakan majlis ini.






Thursday, September 7, 2017

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPSR 2017 untuk murid-murid Tahun 6. Semoga berjaya menjawab dengan tenang dan memperoleh kejayaan yang cemerlang.
Doa ikhlas dari semua warga SK BANDAR BANTING

ANDA PASTI BOLEH, YAKIN BOLEH!