... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Monday, June 28, 2021

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK BANDAR BANTING

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN BToPS
"THE SPIRIT OF BToPS"


KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-18 (2021)
VIRTUAL SPORT CHALLENGE KEBANGSAAN
(LARIAN DAN LOMPAT TALI VIRTUAL)


Sedia maklum, pendemik Covid 19 telah menjejaskan beberapa acara sukan di sekolah. Jadi pihak Unit Sukan SK Bandar Banting dengan kerjasama pihak Eleven one CRS Virtual Sport dan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah melakukan inisiatif melalui Program Virtual Sport Challenge.

Makluman pertandingan adalah seperti berikut:
Syarat-syarat kejohanan
1.Pertandingan melalui pautan yang diberi hanyalah untuk penyertaan murid-murid
SK BANDAR BANTING sahaja.
2.Setiap penyertaan hedaklah melalui pautan yang telah diberikan sahaja.
3. Bagi pertandingan peringkat sekolah, murid-murid boleh menyertai satu acara sahaja
atau kedua-dua acara yang dipertandingkan.
4.Bagi pertandingan peringkat kebangsaan, murid-murid hanya dibenarkan menyertai satu
pertandingan sahaja.
5. Peserta dibenarkan untuk melakukan larian/lompatan sehingga 3 kali secara terkumpul
untuk mencapai jarak/lompatan yang dikehendaki.
6.Penyertaan dan penghantaran bukti yang dihantar selepas tarikh tutup pertandingan tidak
akan dilayan.
7. Peserta yang tidak menepati syarat pertandingan akan dibatalkan penyertaannya.
8. Pihak penganjur berhak membatalkan keputusan yang difikirkan meragukan.
9. Segala keputusan yang dibuat oleh pihak penganjur adalah muktamad
10. Pihak pengajur tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan. kerosakan
dan kemalangan yang dialami oleh peserta sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

Objektif:

1) Melaksanakan kejohanan sukan tahunan peringkat sekolah seperti yang terdapat dalam takwim sekolah.

2) Membantu murid meningkat markah penilaian PAJSK murid melalui penyertaan pertandingan di peringkat sekolah dan kebangsaan.

3) Memberi peluang kepada murid-murid memenuhi keperluan Pentaksiran Aktiviti Jasmani dan KoKurikulum (PAJSK) yang terjejas akibat pandemic Covid-19.

4) Menggalakkkan gaya hidup sihat dalam kalangan murid-murid sekolah semasa
pandemik Covid-19

5) Menggalakkan persaingan sihat dalam kalangan murid-murid.

Tindakan peserta

( 14 Jun hingga 14 Julai 2021 )

1. Murid menyemak maklumat kokurikulum mereka seperti senarai rumah sukan dengan menekan pautan dibawah.

2. Ibu bapa/ penjaga mengisi borang penyertaan peringkat kebangsaan pada pautan di bawah:

3. Ibu bapa / penjaga mengisi borang pengesahan penyertaan pada pautan dibawah:
        PRASEKOLAH

        PPKI

        TAHUN 1 - 6

4.Murid melakukan larian/lompatan dan menghantar bukti pada pautan di bawah:
      PRASEKOLAH.
       ACARA LARIAN

       ACARA LOMPAT TALI
       https://forms.gle/pfXeN2MNm5dcwpD99

      PENDIDIKAN KHAS
       ACARA LARIAN

       ACARA LOMPAT TALI
       https://forms.gle/Sh1Wg7xhfqL3FTmJ7

      TAHUN 1 - 6
       ACARA LARIAN

       ACARA LOMPAT TALI
        https://forms.gle/GnzJSWPpPXpCrn4Y8





























Tutorial pendaftaran dan pengesahan pendaftaran menyertai pertandingan

Tutorial merekod larian
Tutorial merekod lompatan
TUTORIAL MENGHANTAR BUKTI LARIAN

TUTORIAL MENGHANTAR BUKTI LOMPAT TALI



KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-17 (2020)
E-SUKAN(MOBILE LEGEND)
















































KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-16(2019)
OLAHRAGA DAN SUKANEKA



Matlamat
Ø  Melibatkan pelajar secara aktif dalam aktiviti yang berfaedah dan selari dengan akademik serta kokurikulum sekolah.
Ø  Memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan kemahiran yang ada
Ø  Mempelajari cara berinteraksi sesama sendiri dengan cara yang lebih positif.
Ø  Mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dalam Pendidikan Jasmani.
Ø  Melengkapkan aktiviti tahunan kokurikulum yang dirancang bagi tahun 2019.

Objektif
Ø  Sebagai persediaan pasukan olahraga SK Bandar Banting untuk pertandingan olahraga MSSD Kuala Langat 2019.
Ø  Penilaian bakat dapat dibuat dan perancangan latihan pasukan boleh dibuat untuk jangka panjang.
Ø  Latihan kepada pelajar untuk merasai suasana pertandingan yang sebenar.
Ø  Mengajar dan memberi kesediaan dari segi mental dan fizikal pelajar untuk menghadapi keadaan  pertandingan olahraga keperingkat yang lebih tinggi. 

Kumpulan sasaran
Ø  Semua pelajar tahun 1
Ø  Semua pelajar tahun 2
Ø  Semua pelajar tahun 3
Ø  Semua pelajar tahun 4
Ø  Semua pelajar tahun 5
Ø  Semua pelajar tahun 6 

 Impak
Ø  Memperolehi latihan kemahiran secara praktikal oleh pelajar
Ø  Memperolehi latihan teknikal secara praktikal oleh pelajar
Ø  Meningkatkan daya saing pelajar yang diperlukan bagi setiap atlet yang baik.
Ø  Pelajar dapat memperbaiki kemahiran diri  dalam setiap pertandingan
Ø  Memastikan perkembangan kemahiran pelajar mencapai tahap mengikut  peringkat umur
Ø Dapat membendung pelajar dari melibatkan diri dari gejala yang tidak sihat

JADUAL LATIHAN UJIAN TARA(7:30 am – 10:00 am)
Semua murid dan guru berada di kawasan padang.
TAHUN
TARIKH
TAHUN 1 - 6
22/01, 23/01, 24/01, 31/01,

12/02, 13/02, 14/02, 28/02
PRASEKOLAH
25/01,01/02, 15/02

JADUAL LATIHAN RILEY
TAHUN
TARIKH
TAHUN 4,5,6(3:30 pm – 5:30 pm)
23/01, 13/2, 20/2, 27/02, 28/02
TAHUN 1,2,3(7:30 am – 9:30 am)
31/01, 14/2, 28/2
PRASEKOLAH(7:30 am – 9:30 am)
01/2, 15/02, 28/2

JADUAL PERTANDINGAN UJIAN TARA(7:30 am – 10:00 am)
Semua murid dan guru berada di kawasan padang.
TAHUN
TARIKH
TAHUN 1 - 6
19/02, 20/02, 21/02
PRASEKOLAH
22/02





JADUAL PERTANDINGAN ACARA PADANG (7:30 am – 1:20 am)
Pelajar yang terlibat sahaja berada di padang.
ACARA
TARIKH
LOMPAT JAUH (TAHUN 2 – 6)
26/02, 27/02
LONTAR PELURU   (TAHUN 4 – 6)  
28/02



KEJOHANAN SUKAN: 02/03/2019 (SABTU)

  1. Ujian tara dijalankan secara berkelompok mengikut rumah sukan masing-masing Semua peserta  boleh menyumbang mata kepada rumah sukan masing-masing berdasarkan tahap pencapaian mereka bagi acara  ujian tara.
  2. Bilangan peserta yang mengambil bahagian adalah mengikut bilangan sebenar pelajar rumah sukan yang paling sedikit. Tidak dibenarkan menggantikan pelajar yang tidak hadir pada ujian tara bagi rumah sukan yang ahlinya tidak hadir mengikut bilangan yang ditetapkan.
  3. Semua pelajar wajib menyertai ujian tara mengikut tahun pada hari yang telah ditetapkan.

















No comments:

Post a Comment