... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, April 25, 2018

Program Jom Membaca Bersama 10 minit (Nilam)

Hari :Selasa
Tarikh : 24 April 2018
Masa : 11.00 pagi -11.10 pagi
Tempat: Semua kelas
Kumpulan Sasaran: Seluruh warga sekolah SK Bandar Banting

Matlamat:
1) Memupuk minat membaca dan cintakan buku di kalangan murid-murid.

Objektif:
1) Meningkatkan minat membaca di kalangan warga sekolah terutama murid-murid.
2)Memberi pendedahan kepada warga sekolah tentang adanya Program Jom Baca 10 minit.
3)Memberi peluang kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
4) Memberi peluang kepada murid-murid mengenali penulis-penulis buku tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.


















Pelancaran Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M)

Tarikh: 9 April 2018
Hari  : Isnin
Masa: 7.30 pagi
Tempat: Dataran Gemilang, SK Bandar Banting.
Anjuran : Pusat Sumber Sekolah

PENGENALAN
Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia di bawah Program  Gerakan Tabiat Membaca. Program KM1M 2018 akan diadakan selama 3 hari iaitu 9 hingga 11 April 2018. Objektif program ini bertujuan membantu pihak pusat sumber meningkatkan fungsinya dan menggalakkan penglibatan murid dengan aktiviti pusat sumber sekolah.

OBJEKTIF PROGRAM
1) Membina dan mengukuh budaya membaca dalam kalangan murid.
2) Menggerakkan program/ aktiviti galakan membaca dalam kalangan murid.
3)Pembelajaran secara didik hibur di luar kelas melalui aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan pembacaan.

PROGRAM YANG DIJALANKAN
SELASA (10 APRIL 2018)
10.30-10.50 Pagi- Membaca buku selama 20 minit serentak dan resensi buku

RABU (11 APRIL 2018)
10.30-11.30 Pagi- Mewarna kulit buku cerita (Pra & tahap 1)
10.30 -11.30 Pagi - Melukis kulit buku dan mewarna