... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, November 13, 2018

Lawatan Sambil Belajar ke Perpustakaan Negara, Pusat Sains Negara dan Muzium Polis Kuala Lumpur.

Tarikh : 8 November 2018
 Hari : Khamis
 Masa : 7.30 pagi hingga 6 petang
 Jumlah murid : 39 orang
Guru Pengiring : Puan Normahani binti Kasirin, Puan Nur Afiqa binti Azalan, Puan Hamidah binti Mat Salimi dan Puan Nor Fairuzah binti Ahmad Ramli.

Objektif:
  • Menambahkan kefahaman tentang bidang tugas sebagai Pengawas Pusat Sumber SK Bandar Banting.

  • Memberi kesedaran tentang tanggungjawab sebagai Pengawas Pusat Sumber SK Bandar Banting.

  • Memberi pendedahan tentang pengurusan Pusat Sumber di samping melahirkan kemenjadian murid secara holistik.

  •  Menanam semangat perpaduan kaum dan sikap tanggungjawab bersama dalam menjayakan sesuatu acara anjuran sekolah

 Destinasi :
Perpustakaan Negara Malaysia, Pusat Sains Negara dan Muzium Polis Kuala Lumpur.

DESTINASI PERTAMA : PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
                                          Pertandingan mewarna
                               Taklimat dari Pegawai Perpustakaan Puan Suhaili binti Azman
                                         Aktiviti mencari maklumat
                                       Murid bergambar pada latar belakang Upin Ipin
                                        Pertandingan Jejak Maklumat
                                
                           Bergambar bersama-sama peserta lawatan sebagai tanda kenangan.
                                         Murid berasa seronok.
                                        Pengalaman pertama di Perpustakaan Negara,
                                      Murid sedang mendengar taklimat dari pegawai bertugas.
                                    Bergambar bersama guru pengiring.

DESTINASI KEDUA : PUSAT SAINS NEGARA
                                         Murid sedang bermain di stesen 1.
                                         Murid bergambar sebagai tanda kenangan.
                                         Murid sedang mencuba aktiviti sains yang dipamerkan.
                                         Bergambar pada replika kereta api kecil.
                                          Replika yang sangat menarik.
                                        Pemandangan dari view bawah Pusat Sains.

                               Murid sedang mendengar taklimat di ruang legar menunggu oleh    
                                pegawai bertugas.                                              
                                     Murid sedang mencuba permainan sains.

DESTINASI KETIGA : MUZIUM POLIS NEGARA
                                        Murid-murid sedang makan tengah hari.

                                         Lawatan tamat, bersedia untuk pulang ke sekolah.
                                          Murid berasa seronok .
                         Pengalaman yang sangat berharga. Objektif lawatan tercapai.


Friday, November 9, 2018

Majlis khatam al -Quran

Pada 2 November yang lalu satu majlis khatam al-Quran telah diadakan di Dewan Gemilang. Antara peserta yang terlibat ialah murid-murid lelaki dan perempuan tahun 6.
  
  Peserta khatam al-Quran ini telah dibimbing oleh Pn Hjh Komariyati dan En Salahudin seminggu sebelum majlis diadakan.

Peserta mengalunkan bacaan daripada kitab suci al-Quran

Majlis Khatam al-Quran disaksikan oleh murid-murid tahun 3 hingga 6.
  
  Usai majlis, peserta dihadiahkan dengan kitab suci al-Quran dan bunga telur serta sijil Khatam Quran. Hadiah disampaikan oleh Tn Hj Latfi bin Kadri selaku Penolong Kanan Pentadbiran.


Tn Hj Latfi menyampaikan hadiah kepada peserta Khatam al-Quran

Majlis ini julung kali diadakan sebagai simbolik penghargaan kepada seluruh murid-murid tahun 6 sebagaimana mengikut silibus PdPc Pendidikan Islam ( Khatam al-Quran ).

Guru dan peserta bergambar kenangan



Disediakan oleh : Pn. Rosnani binti Sulaiman