... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, November 26, 2019

MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH

PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
 
           HARI : SELASA HINGGA JUMAAT
           TARIKH : 05 NOVEMBER - 08 NOVEMBER 2019
           KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID SK BANDAR BANTING
           PERMAINAN : BALING SELIPAR, BALING GETAH, BOWLING TIN, GASING 
           MODEN, TENG-TENG, CONGKAK, BATU SEREMBAN,
           MENAIKKAN LAYANG-LAYANG DAN DAM ULAR
           TEMA : "PERMAINAN TRADISIONAL PENYAMBUNG WARISAN "

          OBJEKTIF

1.          Menambahkan pengetahuan murid mengenai Pusat Sumber Sekolah.
2.          Memaksimakan penggunaan Pusat Sumber sebagai wacana ilmu.
3.          Menarik minat murid untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.
4.          Mewujudkan murid yang berketerampilan, mempunyai sahsiah terpuji dalam melahirkan
         kemenjadian murid secara holistik.
5.       Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program dengan baik.
6.    Penganjuran program ini bertujuan untuk mengembalikan  minat dan pengetahuan masyarakat terhadap permainan tradisional dari pelbagai bangsa yang semakin luput ditelan zaman.
7.        Memperkenalkan dan mempromosikan permainan tradisional di kalangan generasi akar umbi.
8.            Menggalakkan peratus kehadiran murid tinggi untuk hadir ke sekolah pada setiap masa.