... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, March 20, 2019

PROGRAM PERKONGSIAN ILMU SPLKPM 2019

TARIKH : 19 MAC 2019 (SELASA)
MASA    : 2.45 - 4.45 petang
TEMPAT : SERAMBI BESTARI
PENCERAMAH : PUAN ZURAINI BT RAHMAD (JU NEGERI) & PUAN SUEHAILY BT MOHAMAD NOR
                                       (JU DAERAH KUALA LANGAT)
KUMPULAN SASARAN : SEMUA GURU & AKP

PENDAHULUAN :

  • SPLKPM merupakan satu saluran kepada setiap individu dalam meningkatkan nilai kompetens secara profesional dan berterusan melalui MyPPB.

OBJEKTIF :


  • Mendedahkan kepada guru-guru dan AKP kepentingan SPLKPM dalam kerjaya masing-masing.
  • Guru-guru dan AKP akan lebih berusaha meningkatkan nilai kompetens melalui MyPPB.




Penceramah memberi penerangan yang lebih memberi fokus kepada penskoran mata CPD yang melibatkan 13 item dalam SPLKPM.  




Penyampaian cenderahati kepada penceramah



Sesi bergambar bersama penceramah




Sunday, March 10, 2019

PROGRAM CERAMAH DAN PAMERAN KEMBARA DINOSOUR


TARIKH                    : 6 MAC / RABU ( CERAMAH DAN PAMERAN KEMBARA DINOSOUR )
                                           7 MAC HINGGA 9 MAC / RABU HINGGA JUMAAT ( JUALAN BUKU )

TEMPAT                    : DEWAN GEMILANG

PENCERAMAH   : ENCIK UMAR BIN HAMZAH & PUAN AIMANHANANI BT MOHD NOH

KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID SK BANDAR BANTING

KERJASAMA BERSAMA : KADOKAWA GEMPAK STARZ SDN.BHD.



OBJEKTIF PROGRAM

  •   Menggalakkan murid membaca dan memahami fakta-fakta sejarah menerusi gambar dan karakter yang menarik dengan mudah.
  • Membantu murid memahami pembelajaran melalui kaedah membaca dan berimaginasi secara kreatif dan inovatif.
  •  Menerapkan nilai-nilai keselamatan diri murid sepanjang masa.
  •  Menggalakkan murid meminati subjek Sains dan Sejarah dengan seronok.
  •   Melahirkan kemenjadian murid melalui Program Galakan Membaca (NILAM) dengan berkesan.





















Saturday, March 9, 2019

Pelancaran Hari Nilam Selangor ( HaNIS)

Tarikh          : 25 Februari 2019
Hari                : Isnin
Tempat       : Dataran Gemilang
Perasmi      : Puan Siti Hanim binti Sungit ( Guru Besar SK Bandar Banting )
Kumpulan sasaran : Semua Murid SK Bandar Banting


        PENDAHULUAN
Suatu tamadun atau bangsa yang bertamadun hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Pendekatan yang terbaik untuk membina bidang ilmu sesebuah negara dan menjana perkembangan mental seseorang ialah melalui amalan membaca yang berterusan dan bukan hanya berorientasikan peperiksaan. Kajian literasi oleh Perpustakaan Negara Malaysia 1996 mendapati kebanyakan rakyat Malaysia hanya membaca dua buah buku setahun. Kajian juga mendapati keutamaan pelajar membaca adalah untuk tujuan pembelajaran dan sedikit untuk bacaan senggang. Suatu pendekatan yang wajar dilaksanakan untuk memupuk tabiat membaca adalah melalui Program NILAM.


         OBJEKTIF
1.1   Membina tabiat membaca murid-murid khususnya murid SK Bandar Banting secara berterusan.
1.2     Murid-murid dapat menilai bahan bacaan yang dibaca dan memindahkan maklumat
          berkaitan dalam rekod bacaan yang khusus. 
1.3       Menggalakkan penggunaan pusat sumber melalui pembacaan yang berkualiti. 
1.4       Melahirkan semangat kerjasama antara semua warga SK Bandar Banting untuk
          menjadikanProgram NILAM sebagai satu program yang unggul dan gemilang. 
1.5       Melahirkan kemenjadian murid secara holistik dari segi Jasmaniah, Emosi
          Intelektual dan Sosial (JERIS). 
 TEMA

                                                            " Program NILAM di Hati "

                            Ucapan Puan Siti Hanim binti Sungit ( Guru Besar SK Bandar Banting )

                                Pengacara majlis yang petah berbicara oleh Puan Idahyu binti Md Zan
                    Murid-murid sedang khusyuk mendengar ucapan oleh Puan Siti Hanim binti Sungit
                                        Para guru sedang menyaksikan Gimik Pelancaran HaNIS
                                         Gimik Pelancaran HaNIS sedang berlangsung.
 Murid menaiki basikal baharu untuk ditunjukkan kepada murid sebagai ganjaran kepada Tokoh Nilam dan Permata Nilam Sekolah
 Perasmian dan Pelancaran Nilam oleh Puan Siti Hanim binti Sungit (Guru Besar SK Bandar Banting)
                                                 Pemotongan bunting oleh Pihak Pentadbir
           Hadiah basikal sebagai ganjaran kepada Pembaca Terbaik dan Terbanyak untuk  hujung tahun 2019
                                   Bergambar bersama maskot Tedy Bear dari Blink Book
 Hadiah basikal kepada Pembaca Terbaik dan Terbanyak untuk pemenang keseluruhan Prasekolah, Tahap 1 dan Tahap 2
                        Persembahan bercerita oleh Nur Hadirah binti Hassanudin dari 6 Um
                               Nyanyian lagu Nilam oleh semua murid dan guru SK Bandar Banting
                      Bergambar bersama semua pentadbir dan guru SK Bandar Banting