Hari : Khamis
Masa : 11.00 pagi - 11.10 pagi
Kumpulan sasaran : Semua warga Sekolah Kebangsaan Bandar Banting
Anjuran : Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba
Tempat : Di kediaman masing-masing
PENGENALAN
Program ini bertujuan mendorong warga SK Bandar Banting untuk membaca, dimulai dengan LANGKAH AWAL selama 10 minit pada hari tersebut. Ia juga sebagai tanda komitmen semua pihak terhadap kepentingan membaca dalam kehidupan dan kemudiannya meneruskan amalan membaca selama 10 minit pada setiap hari.
OBJEKTIF
a) Meningkatkan
minat membaca dalam kalangan warga sekolah terutama murid-murid.
b) Memberi
pendedahan kepada warga sekolah mengenai adanya Program Jom Baca Bersama Untuk
10 Minit.
c) Memberi
peluang kepada murid-murid untuk menjalankan aktiviti perbukuan.
d) Memberi peluang kepada murid untuk mengenali
penulis-penulis tersohor dan menjadikan penulis tersebut sebagai model.
e) Melahirkan murid-murid yang celik ilmu dan suka
membaca dalam melahirkan kemenjadian murid secara holistik.