SAMBUTAN HARI GURU BToPS 2021
Sempena sambutan hari guru pada tahun ini, pihak sekolah telah melaksanakan beberapa aktiviti . Aktiviti yang dilaksana secara maya ini adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara semua murid dengan warga pendidik BToPS.Diharap semua murid BToPS dapat melibatkan diri dalam aktiviti yang dilaksanakan ini sebagai tanda ingatan dan penghargaan murid kepada semua pendidik BToPS. Aktiviti yang dilaksanakan adalah seperti berikut:
1) Undian Anugerah Keperibadian Guru BToPS
Anugerah ini adalah bertujuan untuk menghargai warga pendidik BToPS yang mempunyai keperibadian dan sahsiah guru yang terpuji dari sudut pandangan murid. Murid BToPS telah dilantik untuk menjadi panel penilai dalam aktiviti ini. Murid bebas untuk memilih calon guru yang mereka rasa sesuai dengan ciri-ciri keperibadian yang dinyatakan. Sebarang undian yang dibuat oleh murid adalah rahsia. Undian ini boleh dibuat melalui pautan dibawah:
2) Pertandingan Memberi Ucapan Hari Guru
Aktiviti ini adalah peluang untuk murid-murid menyampaikan ucapan sebagai medium untuk murid menunjukkan penghargaan dan tanda ingatan kepada pendidik yang telah mencurahkan ilmu kepada merekaa. Video ucapan murid murid akan di muat naik dalam Channel BToPS TV. Syarat-syarat ucapan adalah seperti berikut:
a)Murid murid boleh merakam ucapan hari guru dalam bentuk video.
b)Durasi rakaman ucapan adalah tidak melebihi 1 minit.
c) Tarikh akhir penghantaran ucapan adalah pada 27 Mei 2021
d) Setiap penyertaan ucapan murid akan mendapat sijil penghargaan
e) 15 ucapan yang paling kreatif akan mendapat sijil pencapaian
d) Setiap penyertaan ucapan murid akan mendapat sijil penghargaan
e) 15 ucapan yang paling kreatif akan mendapat sijil pencapaian
d)Murid boleh menghantar video ucapan pada pautan dibawah: