... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Wednesday, October 27, 2021

PROGRAM BULAN SUKAN NEGARA

KUIZ ONLINE SEMPENA BULAN SUKAN NEGARA 2021 PERINGKAT SEKOLAH 




PENGENALAN / LATAR BELAKANG PROGRAM

Program Kuiz Online secara atas talian sempena Hari Sukan Negara 2021 merupakan acara yang pertama kali dianjurkan oleh Persatuan Bola Baling Daerah Kuala Langat dengan kerjasama SK Bandar Banting, SK (Asli) Bukit Kemandol K9, Unit Pembangunan Bakat Murid Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Langat dan Majlis Sukan Daerah Kuala Langat.

Program ini dilaksanakan untuk melengkapkan murid dengan pengetahuan tambahan berkaitan kesihatan, kecergasan dan makanan serta pengetahuan am berkaitan. Penggunaan laras bahasa yang betul dan bertepatan dalam program ini akan meningkatkan pengetahuan murid dalam berhujah dan menyampaikan sesuatu idea. Selain itu, program kuiz secara atas talian ini dapat meningkatkan kesedaran setiap murid tentang konsep bersenam dan menjaga kesihatan tubuh badan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan yang baik kepada murid-murid yang terlibat.


   Tarikh: 8 - 10 Oktober 2021

   Masa: Sepenuh masa

   Tempat: Kediaman masing-masing


PENYERTAAN PERINGKAT SEKOLAH DAN DAERAH

    Semua murid PPKI

    Semua murid Tahun 4 hingga 6

    PAUTAN KUIZ BAGI MURID PPKI DAN TAHUN 4 HINGGA 6


 PENYERTAAN PERINGKAT SEKOLAH

    Semua murid Prasekolah

    Semua murid Tahun 1 hingga 3

    PAUTAN KUIZ BAGI MURID PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 HINGGA 3


KEPUTUSAN PERTANDINGAN PERINGKAT DAERAH




PROGRAM JARINGAN DAN JALINAN PENERAPAN NILAI PERPADUAN SILANG BUDAYA BToPS 2021

 


Tuesday, October 19, 2021

Pra Sekolah Kembali Ke Sekolah @ 18 Oktober 2021

 Selamat kembali ke sekolah anak-anak Pra Sekolah...

Bermula 18 Oktober 2021 murid-murid Pra Sekolah sudah memulakan pembelajaran bersemuka.

Kedatangan  murid-murid Pra Sekolah dialu-alukan oleh semua warga sekolah BToPs.







Hari pertama persekolahan 4 Oktober 2021

     Selamat kembali ke sekolah murid-murid PPKI. Mereka datang dengan senyuman dan semangat untuk belajar. Kami para guru menyambut mereka dengan gembira dan bersedia untuk mengajar dan membimbing mereka.

Semangat!!!

Waktu  persekolahan bermula pukul 7.30 pagi hingga 12.50 tengah hari  setiap hari Isnin dan Selasa.

Hari rabu bermula pukul 7.30 pagi  - 12.20 tengah hari bagi murid Tahap 1 manakala murid Tahap 2 balik pada pukul  12.50 tengah hari.

Hari Khamis bermula pukul 7.30 pagi  - 12.20 tengah hari.

Hari Jumaat bermula pukul 7.30 pagi  - 11.50 pagi.










Pemantauan berdasarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

     Pemantauan Pengoperasian dan Pengurusan Sekolah daripada pihak KPM bersama JPN dan PPDKL berdasarkan ketetapan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 telah dibuat pada 23 September 2021.

    Penambahbaikkan perlu dilakukan segera mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 supaya dapat mewujudkan persekitaran yang selamat sekali gus mampu mengembalikan semangat murid kembali ke sekolah.



 

PENGOPERASIAN PEMBUKAAN SEKOLAH 3.0

 

    Pembukaan Sekolah adalah Secara Berperingkat Mengikut Fasa PPN. Bermula 10 September 2021, Selangor memasuki Fasa Ke 2 PPN. Bagi sekolah rendah, Murid Berkeperluan Khas (MBK) daripada kelas PPKI akan mula bersekolah pada 4 Oktober 2021.

Pengoperasian Pembukaan Sekolah adalah mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0

Selaras itu, kerja-kerja pengoperasian pembukaan sekolah dilakukan sebagai persediaan pembukaan sekolah kepada warga sekolah menepati garis panduan yang ditetapkan.