... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, May 27, 2025

 UJIAN UKM1 -PROGRAM PENCARIAN MURID PINTAR DAN BERBAKAT TAHUN 2025* KLIK PAUTAN UNTUK MEMULAKAN UJIAN http://ukm1.permatapintar.ukm.my

*Semakan senarai murid yang telah mengambil Ujian: https://ukm1.permatapintar.ukm.my/default.aspx?menu=RingkasanUjian

✏️Dimaklumkan bahawa pencarian murid pintar dan berbakat dilaksanakan setiap tahun oleh Bahagian PERMATA, KPM. Pencarian ini adalah untuk mencari murid-murid berpotensi yang pintar dan berbakat dengan keupayaan IQ yang tinggi. Pencarian ini dilaksanakan menerusi Ujian Saringan UKM1 secara dalam talian yang menyasarkan penyertaan semua murid-murid pelbagai agama dan bangsa berumur 9 hingga 12 tahun di seluruh negara. ✏️Semua murid (9 tahun -12tahun) adalah layak mengambil Ujian UKM1 tanpa mengira tahap prestasi akademik. 📌Murid yang melepasi tahap pencapaian IQ akan menerima sijil yang dijana secara terus selepas selesai Ujian. ✏️Pengetua/ Guru Besar/ Guru / Ibu bapa /PIBG dimohon untuk membantu murid-murid /anak-anak bagi mengambil Ujian tersebut yang boleh di akses seperti maklumat berikut: *Tarikh Ujian dibuka* : 10 Mac 2025 hingga 31 Mei 2025✅