Tahniah kepada murid-murid SK Bandar Banting kerana telah terpilih antara salah sebuah sekolah untuk menyertai program yang dianjurkan oleh Microsoft.
Skype-A-Thon bertujuan untuk menghubungkan murid-murid dari serata sekolah di Malaysia dengan mempersembahkan keistimewaan sekolah masing-masing di samping dapat menunjukkan bagaimana teknologi dapat mempertingkatkan pengalaman belajar murid.
Turut hadir menyokong program Skype-A-Thon di SK Bandar Banting adalah En Saiful Azman Pegawai Unit Maklumat dan ICT PPD Kuala Langat dan En Shahrizal dari PKG Kanchong Darat
FROG VLE. Apa itu FrogPlay?
Modul Tambahan Yang Membuatkan Murid Teruja
Bismillahirrahmanirrahim. Frog Vle merupakan satu medium
pembelajaran yang boleh menarik minat murid. Hari ini, saya nak kongsikan salah
satu aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu
mengajar. Mula- mula, murid perlu log masuk site VLE sekolah menggunakan
login id dan password masing-masing. Setelah saya
mempunyai kesempatan masa mengeksplorasi modul terkini dalam Frog VLE ini, saya
merasakan ianya sesuatu yang ditunggu-tunggu oleh para guru yang selama ini
mungkin agak skeptikal dengan Frog VLE.
Apa yang paling menarik dalam FrogPlay? Frogplay menyediakan pelbagai kuiz yang
telah tersedia kandungannya dan guru hanya perlu memilih kuiz mana yang
dirasakan sesuai dengan murid masing-masing. Saya puji langkah ini kerana ia
membantu guru menyediakan bahan pengajaran dengan lebih cepat, pantas dan
berkesan.
Yang lebih menarik lagi, sambil menjawab soalan kuiz, murid boleh bermain
permainan yang disediakan sebagai ganjaran dan perangsang untuk mereka
menghabiskan menjawab semua soalan kuiz. Hmmm..macamana pula tu? Sebagai
permulaan, setiap murid diberi 600 kredit percuma. Kredit ini mereka boleh
gunakan untuk unlock permainan yang mereka minati. Setakat yang saya telah
cuba, satu permainan memerlukan 200 kredit untuk unlocked.
Jadi, apabila murid unlock beberapa permainan, kredit mereka akan berkurangan.
Bagaimana mereka hendak menambah kredit? Kredit mereka akan bertambah sekiranya
mereka berjaya menjawab soalan kuiz. Itu akan merangsang mereka untuk cuba
menjawab lebih banyak kuiz untuk mendapatkan kredit tambahan.
Jom lihat poster FrogPlay di bawah.
Setakat ini dulu intro tentang FrogPlay ni. Dalam next entry
insya Allah saya akan kongsikan bagaimana guru-guru boleh gunakan kuiz dalam
FrogPlay sebagai tugasan kepada murid.
TARIKH : 30 JANUARI 2018 HARI : SELASA MASA : 10.20-12.20 TENGAH HARI TEMPAT : DEWAN GEMILANG PERASMI : PUAN SITI HANIM BINTI SUNGIT (GURU BESAR SK BANDAR BANTING) ANJURAN : PUSAT SUMBER SEKOLAH
PENGENALAN Membaca adalah asas kepada kecemerlangan seseorang. Tabiat membaca perlu disemai sejak dibangku sekolah lagi. Melalui PROGRAM NILAM diharap dapat melahirkan lebih ramai lagi murid yang cintakan buku. Budaya suka membaca mesti diamalkan oleh semua murid demi menjana kecemerlangan minda. OBJEKTIF Tujuan program adalah untuk:
Menggalakkan murid-murid menanamkan tabiat suka membaca.
Menggalakkan murid-murid menghargai masa dengan melakukan aktiviti berfaedah.