... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Thursday, February 15, 2018

FROG VLE



FROG VLE. Apa itu FrogPlay? Modul Tambahan Yang Membuatkan Murid Teruja
Bismillahirrahmanirrahim.
Frog Vle merupakan satu medium pembelajaran yang boleh menarik minat murid. Hari ini, saya nak kongsikan salah satu aplikasi menarik yang boleh digunakan oleh guru sebagai bahan bantu mengajar. Mula- mula, murid perlu log masuk site VLE sekolah menggunakan login id dan password masing-masing. S
etelah saya mempunyai kesempatan masa mengeksplorasi modul terkini dalam Frog VLE ini, saya merasakan ianya sesuatu yang  ditunggu-tunggu oleh para guru yang selama ini mungkin agak skeptikal dengan Frog VLE.

Apa yang paling menarik dalam FrogPlay? Frogplay menyediakan pelbagai kuiz yang telah tersedia kandungannya dan guru hanya perlu memilih kuiz mana yang dirasakan sesuai dengan murid masing-masing. Saya puji langkah ini kerana ia membantu guru menyediakan bahan pengajaran dengan lebih cepat, pantas dan berkesan.

Yang lebih menarik lagi, sambil menjawab soalan kuiz, murid boleh bermain permainan yang disediakan sebagai ganjaran dan perangsang untuk mereka menghabiskan menjawab semua soalan kuiz. Hmmm..macamana pula tu? Sebagai permulaan, setiap murid diberi 600 kredit percuma. Kredit ini mereka boleh gunakan untuk unlock permainan yang mereka minati. Setakat yang saya telah cuba, satu permainan memerlukan 200 kredit untuk unlocked.

Jadi, apabila murid unlock beberapa permainan, kredit mereka akan berkurangan. Bagaimana mereka hendak menambah kredit? Kredit mereka akan bertambah sekiranya mereka berjaya menjawab soalan kuiz. Itu akan merangsang mereka untuk cuba menjawab lebih banyak kuiz untuk mendapatkan kredit tambahan.

Jom lihat poster FrogPlay di bawah.
                               

Setakat ini dulu intro tentang FrogPlay ni. Dalam next entry insya Allah saya akan kongsikan bagaimana guru-guru boleh gunakan kuiz dalam FrogPlay sebagai tugasan kepada murid.
Ini  adalah video dari FrogAsia


No comments:

Post a Comment