HARI : SELASA
MASA : 11.00 HINGGA 11.10 MINIT
TEMPAT : DI DALAM KELAS DAN DEWAN GEMILANG
KUMPULAN SASARAN : SEMUA MURID, PENTADBIR ,AHLI KUMPULAN PELAKSANA
( AKP ), PEKERJA PEMBERSIHAN
ANJURAN : PUSAT SUMBER PUSTAKA ILMU ZAABA
KOLABORASI BERSAMA : JAWATANKUASA NILAM
PENGENALAN
Program Gerakan Tabiat Membaca merupakan salah satu aktiviti utama Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memupuk budaya membaca dalam kalangan murid sekolah. Semua murid perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar belakang keturunan mahupun taraf sosio ekonomi agar kanak-kanak dapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan , memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun bangsa.
Bagi merealisasikan Keberhasilan Utama Nasional (National Key Result Area) ketiga iaitu meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan, Pusat Sumber dengan kerjasama Jawatankuasa Nilam telah merancang mengadakan “Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit”. Adalah diharapkan dengan adanya program seperti ini budaya membaca menjadi sebahagian daripada budaya hidup rakyat Malaysia yang dipupuk sejak kecil lagi.
OBJEKTIF
1.Memupuk minat membaca secara berterusan selama 10 minit setiap hari.
2.Menggalakkan murid mengisi masa lapang dengan membaca.
3.Menggerakkan program aktiviti galakan membaca
4.Menjadikan Pusat Sumber Sekolah sebagai tempat rujukan bahan bacaan.
5.Memertabatkan Bahasa Melayu dan memperkasakan Bahasa Inggeris.
6.Melahirkan kemenjadian murid melalui Program Galakan Membaca.
DOKUMENTASI BERGAMBAR
No comments:
Post a Comment