Program ini telah dihadiri oleh seramai 529 murid beragama islam Tahap 1 dan Tahap 2.
Program ini merupakan aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perbuatan.
Aktiviti ini dilaksanakan secara intensif di satu tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.
Program dimulakan dengan Murid-murid di jamu makan tengahari bermula dari jam 12.30 tengahari.
Murid-murid kemudiannya menunaikan solat Zohor di surau sekolah
Program diteruskan dengan tayangan slaid dan ceramah diikuti dengan aktiviti Praktikal wudhuk / Solat Subuh, Tasmik bacaan niat / doa wudhuk / Tahyat Akhir dan Doa Qunut.
Objektif program ini agar:
- Murid dapat menyebut nama anggota wudhuk dengan betul
- Murid dapat berwuduk dengna sempurna beserta niat dan doa wudhuk
- Murid dapat mengetahui cara-cara menunaikan solat dari segi bacaan dan perbuatan.
- Murid dapat melakukan praktikal solat dengan baik.
No comments:
Post a Comment