PELANCARAN MINGGU PUSAT SUMBER SEKOLAH (PSS)
GABUNGAN BERSAMA PANITIA PELAJARAN SK BANDAR BANTING
TARIKH: 30 JULAI 2018
HARI : ISNIN
TEMPAT DEWAN GEMILANG
MASA: 8.00 PAGI
MATLAMAT
Menarik minat murid-murid untuk mengunjungi PSS dan seterusnya menggunakan Pusat Sumber Sekolah sebagai salah satu wadah pembelajaran yang efektif dan berkesan.
OBJEKTIF
1) Menambahkan pengetahuan murid-murid tentang Pusat sumber Sekolah.
2) Mewujudkan murid yang berketerampilan, mempunyai sahsiah terpuji dalam melahirkan kemenjadian murid secara holistik.
3) Melatih para pengawas Pusat Sumber Sekolah untuk menganjurkan dan mengendalikan program.
4) Menarik minat murid untuk mengunjungi Pusat Sumber Sekolah.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Minggu PSS ialah seperti berikut:
1) PANITIA BAHASA MELAYU - TAHUN 1 ( Cari Perkataan Tersembunyi)
2) PANITIA BAHASA INGGERIS - TAHUN 3 (Word Search)
3)PANITIA MATEMATIK - TAHUN 3 ( Puzzle Matematik)
4) PANITIA SAINS -TAHUN 5 (Kuiz Bertulis)
5)PANITIA AGAMA ISLAM -TAHUN 5 ( Pertandingan Imam Muda- Laungan Azan)
6) PANITIA PENDIDIKAN MORAL -TAHUN 2 DAN 3 (Kuiz Memori Nilai)
7) PANITIA BAHASA ARAB -TAHUN 5 ( Kuiz Kahoot)
8) PANITIA TMK & VLE FROG -TAHUN 5( Membina Bunting)
9) PUSAT SUMBER -TAHUN 4 ( Ekspresi Nilamku Bersajak)
10) PANITIA PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 1&5 (Nyanyian kumpulan dan Paluan Kompang)
#Aktiviti boleh dijalankan mengikut kesesuaian Panitia Pelajaran dan guru-guru sepanjang bulan Ogos.
No comments:
Post a Comment