1. NAMA PROGRAM
PROGRAM KEM BESTARI SOLAT SIRI 1/2019 BAGI TAHAP 1 DAN
2
2. TARIKH
24 APRIL 2019
3. HARI / MASA
Rabu / 2.15 – 5.30 petang
4. TEMPAT
DEWAN GEMILANG, SK
BANDAR BANTING
5.
OBJEKTIF
5.1
Murid dapat
mengetahui anggota dan rukun-rukun berwuduk dengan betul.
5.2
Murid dapat
melaksana amali wuduk dengan betul dan sempurna.
5.3
Murid dapat
mengetahui perkara yang membatalkan wuduk.
5.4
Murid dapat membaca
doa qunut dengan betul.
5.5
Murid dapat membaca tahiyat awal dan
akhir dengan sempurna.
5.6
Murid dapat melaksana perlakuan solat
dengan sempurna.
5.7
Murid dapat membaca bacaan dalam solat
dengan betul.
6. SASARAN
1.
Semua murid Tahap 1 dan Tahap 2
7. BUTIRAN AKTIVITI
Program Kem Bestari Solat Siri 1 Tahap 1 dan 2 telah berjaya
dilaksanakan dengan jayanya. Program ini
melibatkan seramai 658 orang murid terdiri daripada murid-murid Tahap 1 dan
Tahap 2.
Program ini bermula pada pukul 2.15 hingga 5.30 petang pada hari Rabu.
Murid-murid Tahap 1 didedahkan dengan tayangan LCD dan penerangan
tentang anggota wuduk yang disampaikan oleh Puan Sri Dewi. Manakala murid Tahap
2 pula diberi taklimat tentang bacaan tahiyat awal dan akhir serta doa qunut
oleh Encik Salahudin di Surau Nurul Iman.
No comments:
Post a Comment