Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Kumpulan sasaran : Murid-murid tahun 3, 4,5 dan 6
Guru pengiring : 1) Puan Normahani binti Kasirin
2) Puan Robiah binti Jayus,
3) Puan Arinawati binti Amir
4) Puan Nur Afiqa binti Azalan
PENDAHULUAN
Berpegang
kepada pepatah ‘jauh berjalan, luas pemandangan, banyak pengalaman’, maka Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba bercadang
untuk mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Kuala Lumpur sempena Pesta Buku
Antarabangsa Kuala Lumpur 2019. Selain menjadi antara program tahunan, ia juga
merupakan satu program yang amat baik sebagai landasan untuk memberi pendedahan
dan pengalaman secara langsung kepada murid-murid. Melalui program ini juga,
diharapkan guru-guru dapat mengambil inisiatif untuk berkongsi pengalaman dan
pengetahuan dalam menghasilkan corak pengajaran dan pembelajaran yang lebih
memberangsangkan minat pelajar.
OBJEKTIF
1.
Diharapkan program ini dapat
dijadikan sebagai landasan kepada murid-murid untuk membina minat membaca melalui aktivti
lawatan.
2.
Dapat membuka minda murid-murid
dengan suasana dan pengalaman yang baharu.
3.
Dapat memberi keyakinan kepada
murid-murid untuk berhadapan dengan dunia luar dan masyarakat.
4.
Memberikan inspirasi kepada
pelajar dan guru dalam merancang pengajaran dan
pembelajaran
yang lebih menarik untuk murid.
5. Mengenalpasti tokoh
murid yang banyak membaca,
berketrampilan serta mempunyai
sifat- sifat kepimpinan.
6. Melahirkan
kemenjadian murid melalui Program Galakan Membaca Nilam yang
berkualiti.
7. Mewujudkan
perpaduan kaum dalam kalangan murid yang berbilang bangsa, agama
dan kepercayaan.
No comments:
Post a Comment