... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, February 25, 2020

FUN RUN TS25 SK BANDAR BANTING

TARIKH: 22 FEBRUARI 2020
MASA:    7.00AM-11.30AM
TEMPAT: DATARAN BANTING

Program FUN RUN TS25 SK BANDAR BANTING 2020 adalah anjuran unit kokurikulum SK Bandar Banting bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK BANDAR BANTING. 

Program yang melibatkan larian ini merupakan satu aktiviti riadah yang amat popular dewasa ini. Melalui aktiviti ini, kita dapat mengeratkan hubungan sekolah dengan komuniti setempat disamping meningkatkan tahap kecerdasan individu.

Program Fun Run ini juga diadakan bagi mengumpul dana untuk menambahbaik prasarana serta kemudahan sekolah. Selain dapat mempromosikan aktiviti larian sebagai aktiviti yang sihat dan meningkatkan tahap kecerdasan, program ini secara tidak langsung bagi tujuan beramal. Dengan dana yang diperolehi kelak atas penyertaan semua, impian dan kelangsungan pembelajaran dapat diperbaiki dan dipertingkat demi generasi akan datang.




























































































No comments:

Post a Comment