... Ya Allah, kami memohon dengan limpah kurniamu, semoga murid-murid & guru-guru Sekolah Kebangsaan Bandar Banting dikurniakan kesihatan, kesejahteraan jasmani dan rohani, dibukakan pintu hati, dilapangkan dada mudah menerima apa yang dipelajari pada hari ini dan seterusnya. Jadikan hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih cemerlang dari hari ini dan seterusnya. Semoga usaha kami mendapat keberkatan dariMu Ya Allah. Amin .......

Tuesday, February 25, 2020

PROGRAM ORIENTASI MURID BAHARU PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 BERSAMA PUSAT SUMBER PUSTAKA ILMU ZAABA

TARIKH : 10 Februari 2020 hingga 11 Februari 2020
HARI      : Isnin dan Selasa
MASA    : 10.00 pagi - 11.30 pagi
ANJURAN : Pusat Sumber Pustaka Ilmu Zaaba
KOLABORATIF BERSAMA : Panitia Prasekolah
KUMPULAN SASARAN : Prasekolah Sukses, Prasekolah Pintar dan Prasekolah Cerdik
                                                             Tahun 1 UIA, Tahun 1 UM dan Tahun 1 UTM

OBJEKTIF


a. Mendedahkan murid-murid kepada suasana persekitaran serta sistem pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

b.    Mengenali guru-guru, staf dan murid-murid SK Bandar Banting dan dapat
    mengeratkan hubungan sesama murid ke arah semangat kekeluargaan.

c.   Memastikan murid baharu mengamalkan peraturan dan undang-undang
    yang telah ditetapkan di sekolah ini untuk membentuk murid yang berdisiplin.

d.    Mengenali unit pentadbiran dan unit-unit di bawahnya.

e.   Melahirkan kemenjadian murid bersama Program Galakan Membaca (Nilam).

f.     Mewujudkan perpaduan kaum dalam kalangan murid yang berbilang kaum,
    agama dan bangsa.
































No comments:

Post a Comment